Koleksi Senarai Ucapan Pantun PRN 2023 Pilihan Raya Negeri

Koleksi Senarai Pantun PRN 2023 Pilihan Raya Negeri

Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, selain dengan ceramah calon, apa kata meriahkan lagi dengan ucapan pantun dan kongsikan di laman media sosial anda.

Pilihan Raya ni jarang berlaku dan biasanya hanya berlaku selepas 5 tahun sahaja. Tapi sekarang macam setiap tahun kita ada pemilihan yb kan. Lepas undi, kita undi lagi sampai sudah kan.

Tapi pilihan raya kali ini adalah rentetan daripada Pilihan Raya Utama, PRU15 pada tahun lepas. Sebab tak bubar ketika itu, ianya dibubarkan pada tahun 2023.

PRN 2023 Untuk 6 Negeri

Pada November 2022 yang lalu, kita telah melalui fasa PRU15 bagi mencari Ahli Parlimen dan ketika itu juga hanya Perlis, Perak dan Pahang adakan pilihan raya negeri.

Disebabkan itulah, baki 6 negeri yang masih belum melakukan proses pilihan raya iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Kali ini kita bakal dapat saksikan satu lawan satu antara parti komponen yang terbesar iaitu gabungan PH-BN menentang PN disamping parti nyamuk MUDA.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri (PRN)

Untuk info, PRN kali ini bermula dari hari penamaan calon, tempoh kempen, hari mengundi awal dan hari mengundi adalah seperti berikut:

  • Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Tempoh Kempen : 29 Julai - 11 Ogos 2023 (Sabtu - Jumaat)
  • Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Senarai Contoh Ucapan Pantun Pilihan Raya Negeri, PRN 6 Negeri Tahun 2023

Jadi untuk negeri yang terlibat PRN, meriahkan lagi dengan ucapan pantun dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Boleh share di media sosial seperti facebook, twitter, tiktok, instagram dan lain-lain. Dapatkan contoh pantun yang unik dan menarik disini.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 1

Pantang Siasah Tidak Senonoh,
Cabar Mencabar Mencari Musuh,
Ke dalam Pertikai Ke luar Bergaduh,
Nanti Rakyat Sensara Negeri pun runtuh.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 2

Pantang Siasah ikutkan nafsu,
Berebut kuasa palu memalu,
Tamakkan harta tak ingat Malu,
Nanti Negeri pun rosak banyaklah seteru.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 3

Pantang Siasah mabukkan Pangkat,
Berebut kuasa jilat menjilat,
Berebutkan kuasa hambat menghambat,
Negeri rosak, namapun cacat,
Hidup dan mati orang laknat.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 4

Pantang Siasah memecah belah,
Mengadu domba umat manusia,
Baik sekaum sesuku bangsa,
Mahupun antara keluarga atau marga.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 5

Anak dipangku atas riba,
Sambil mendodoi asma ul husna,
PRN sudah hampit tiba,
Undilah kita dengan bijaksana.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 6

Adat bertanya ada menjawab,
Jawapan betul amat berkualiti,
Kalau dipilih calon bertanggungjawab,
Negara sejahtera rakyat berpuashati.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 7

Cek nyonya meminang anak hang jebat
anak yang sulung membuka rasmi
pesanan ku untuk sahabat
Bijak lah memilih calon semoga hidup terjamin.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 8

Berurat melintang si daun sirih,
Daun dibersih berkualiti dicari,
Berfikir panjang sebelum memilih,
Tersalah pilih rosak negeri

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 9

Ladang sawah telah dibajak,
Untuk ditanam pohon kuini,
Buatlah pilihan dengan bijak,
Agar negeri aman harmoni.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 10

Undilah kita dgn bijaksana
Kita rakyat mesti bermasyarakat
Bukan sekadar mencari nama
Yang penting untuk berkat

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 11

Pebagai kuih aneka ketupat,
Dihidang bersama lotong darat,
Silalah undi dengan tepat,
Agar selamat dunia akhirat.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 12

Tak tumbuh Tak Melata,
Kerana Pulut santan berlada,
Tak Sungguh pun Depa Kata,
Tapi Kerana mulut calon binasa

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 13

Tengok-tengok memetik dedap,
Buah dedap masak setangkai,
Elok-eloklah adik bercakap,
Salah cakap kasih tak sampai.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 14

Biarlah orang menanam buluh,
Mari kita menanam padi,
Biarlah orang bertanam musuh,
Biar kita membuat budi.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 15

Jika tuan hendak memancing,
Bila pergi, bawalah umpan,
Kami sekarang sudah “kamcing”,
Demi generasi, masa hadapan.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 16

Harum mewangi bunga seroja,
Jadi gubahan gadis remaja,
Perpaduan rakyat agenda negara,
Nikmat kemakmuran dikongsi bersama.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 17

Pergi ke hutan berpagi-pagi,
Mencari buluh dibuat lemang,
Jangan menang dalam rugi,
Jangan kalah dalam menang.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 18

Pulas-pulas pucuk ubi,
Orang sebelah tidak menyapa,
12 Ogos hari mengundi,
Semoga semua berjalan baik hendakNya.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 19

Radu tetap radu,
Radu sampai rata,
Jika parti kita padu,
Rakyat sokong kita.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 20

Harum mewangi bunga di para,
Disusun tinggi di alas bata
Perpaduan rakyat agenda negara,
Kesejahteraan dikongsi rakyat jelata

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 21

Kalau hendak memilih cincin,
Pilihlah cincin muat di jari,
Kalau hendak memilih pemimpin,
Pilih pemimpin bermaruah diri.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 22

Buah bacang buah nangka,
Ada angin gugur sendiri,
Salah cincang tangan terluka,
Salah pemimpin hancur negeri.

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 23

Tepuk amai-amai, durian dalam baldi,
Mari ramai-ramai, kita turun mengundi

Pantun Pilihan Raya Negeri (PRN) 24

Roh roh roh, neh neh neh,
Buang yang keruh, ambil yang jernih

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Senarai Ucapan Pantun PRN 2023 Pilihan Raya Negeri"