Senarai Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia)

Senarai Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023

Buat julung kalinya menyaksikan sebuah anugerah yang meraikan content creator di Malaysia iaitu menerusi Anugerah TikTok Malaysia atau TikTok Awards untuk tahun 2023 dan kita juga ketahui calon dan setiap pemenang.

Ini merupakan edisi pertama untuk TikTok Awards di Malaysia dan pastinya diadakan dengan cukup meriah bagi meraikan kesemua calon yang tersenarai dalam 13 anugerah yang dipertandingkan iaitu 6 anugerah pilihan juri dan 7 anugerah pilihan popular yang diundi secara online.

Pengguna-pengguna media sosial terutamanya TikTok pasti mengenali nama-nama mereka yang tercalon seperti Khairul Aming, Sallywho, Ceddy, Irfan Khairi, Sir Iqbal, Sofyank, Sofea, Cikgu Misai, Auntie Purple, Ryan Bakery dan ramai lagi.

Nama-nama hebat ini di Tiktok masing-masing telah tercalon dalam anugerah tersebut seperti Best of Education, Entertainment, Foodie, Gaming, Sports, Beauty, Creator of The Year, Live Creator of The Year, Popular Creator of The Year dan banyak lagi.

Kesemua pemenang-pemenang bagi setiap anugerah ini telah diumumkan pada malam kemuncak Anugerah TikTok Malaysia yang telah berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Malam kemuncak TikTok Awards Malaysia 2023 tersebut diadakan pada 27 Ogos 2023 bersamaan pada hari Ahad dan bersiaran secara langusng di TV3 serta akaun TikTok Malaysia di TikTok. Juga disiarkan secara HD di Tonton.

Pada malam tersebut, kita buka sahaja dapat lihat kehadiran ramai content creator atau TikToker, tetapi artis dan selebriti juga hadir bagi memeriahkan suasana. Mereka menghangatkan lagi suasana dengan persembahan serta penyampaian anugerah.

Penonton disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi. Manakala antara penyampai anugerah yang terlibat seperti Dato' Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann, MK K-Clique dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, Anugerah TikTok Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran trio pengacara atau hos di pentas utama iaitu Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson. Manakala acara red carpet dikelolakan oleh Ceddy dan Sissy Iman.

Senarai Penuh Pemenang 13 Anugerah TikTok Malaysia 2023

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 anugerah yang dipertandingkan termasuk 6 kategori pilihan juri dan 7 kategori pilihan undian popular dalam TikTok Awards Malaysia 2023.

Anugerah utama sudah pastinya untuk Creator of The Year yang mana buat kali pertama Khairul Aming memenangi anugerah ini.

Kategori 6 TikTok Awards Malaysia 2023 Pilihan Juri 

Best of Beauty & Fashion
Shahira Azlan (@shahirazlan)

Best of Education
Sir Asai (@sir_asai)

Best of Entertainment
Eiqa Maleq (@eiqamaleq)

Best of Foodie
Syafira Jamil (@syafirajamill)

Best of Gaming
Sultan Riq (@sultan_riq)

Best of Sports
Kkhalish (@kkhalishh)

Kategori 7 Tiktok Awards Malaysia 2023 Pilihan Popular

Popular Animation Account of The Year
Upin & Ipin (@upinipin.official)

Tiktok Shop Creator of The Year
Anas Zahrin (@anaszahrin)

Live Creator of The Year
Tiger Labu (@tigerlabu)

Popular Creator of The Year
Ryan Fahmi Bakery (@ryanbakery

Rising Star of The Year
Ikhmal (@ikhmaln0ur)

Celebrity Of The Year
Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)

Creator of The Year
Khairul Aming (@khairulaming)


Tahniah kepada semua pemenang!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia)"