Siaran Langsung Live Streaming Persiraja Banda Aceh vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Streaming Persiraja Banda Aceh vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Dikala saingan liga kini berhenti seketika bagi memberi laluan untuk kepada aksi pasukan kebangsaan beraksi dalam kalendar FIFA, akan berlangsung satu perlawanan persahabatan kelab iaitu antara Persiraja Banda Aceh FC vs Selangor FC.

Perlawanan ini akan berlangsung pada hujung minggu ini, iaitu pada 27 Ogos 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Harapan Bangsa yang mana ianya terletak di Banda Aceh City, Indonesia dan pasukan Persiraja akan menjadi tuan rumah.

Persiraja Banda Aceh merupakan sebuah kelab atau pasukan bola sepak yang berpengkalan di Bandar Aceh City dan kini mereka bermain di Liga 2 Indonesia. Setakat ini, mereka sudah mengharungi 6 perlawanan.

Selain itu, pasukan ini juga sebenarnya baru sahaja turun liga pada tahun ini. Pada musim 2021/22, Persiraja Banda Aceh menamatkan saingan di tempat tercoro liga iaitu di kedudukan ke-18 dengan mengumpul 13 mata sahaja

Manakala Selangor FC merupakan sebuah pasukan daripada Malaysia yang bermain di liga utama iaitu Liga Super. Setakat ini, mereka telah mengharungi 22 perlawanan liga secara keseluruhan dan berbaki 4 lagi perlawanan sebelum saingan liga menutup tirai.

Bukan itu sahaja, mereka baru cipta sejarah liga tempatan apabila menjaringkan gol terbanyak iaitu 11 gol dalam satu perlawanan ketika menentang Kelantan pada 25 Ogos yang lalu. Ini mungkin persediaan yang baik bagi mengharungi perlawanan persahabatan ini.

Perlawanan ini pastinya baik untuk kedua-dua pasukan. Dikala kelab lain menjalani latihan di tempat sendiri sementara FIFA Day ini, Selangor dan Persiraja mengadakan perlawanan persahabatan untuk terus memantapkan pasukan sepanjang musim ini.

Lebih menarik lagi, sebenarnya pada pertemuan ini kita bakal dapat saksikan bekas pemain Selangor juga iaitu Andik Vermansah akan turun buat pertama kali untuk pasukan Persiraja untuk berhadapan dengan bekas pasukannya juga.

Siaran Langsung Persiraja Banda Aceh vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023

Peminat-peminat pasukan The Red Giant pastinya teruju untuk saksikan aksi pasukan kegemaran mereka apabila bakal beraksi dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa antara kelab iaitu bertemu wakil liga Indonesia.

Walaupunbegitu, setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi yang dibuat berkaitan tayangan siaran langsung baik menerusi saluran Astro atau RTM. Mungkin akan ada tayangan secara live streaming yang dibuat oleh tuan rumah.

Apa-apapun, buat penyokong kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi perlawanan persahabatan antara Persiraja Banda Aceh vs Selangor FC pada 27 Ogos ini, hari Ahad bertempat di Stadium Harapan Bangsa, Indonesia.

27 Ogos 2023 (Ahad)

FT : Persiraja Banda Aceh (0) - (3) Selangor

  • Rahman Daud 35'
  • Orozco 45'
  • Faisal Halim 70'

Waktu : 9.30 Malam (MY)
Tempat : Stadium Harapan Bangsa
Tayangan : Tiada
Live Streaming : Link 1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Persiraja Banda Aceh vs Selangor Perlawanan Persahabatan 2023"