Cara Menonton Prime Video Di Smart TV (Login Dan Tonton)

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

Selain daripada menonton atau strim di telefon pintar atau di laptop, Prime Video juga sebenarnya anda boleh strim di platfrom Smart TV yang ada di rumah anda.

Baik di Smart TV atau Android TV, aplikasi Prime Video kini sudah tersedia di platform tersebut. Sudah banyak jenama yang telah menyokong aplikasi Prime Video antaranya :

Smart TV Yang Menyokong Aplikasi Prime Video

  • Sony
  • Samsung
  • Panasonic
  • LG
  • Vizio
  • Hisense
  • Philips
  • Sharp
  • JVS
  • Grundig
  • TCL
  • AOC
  • Konka
  • Xiaomi
  • Skyworth
  • Changhong
  • Haier
  • Vestel
  • Sky Glas

Banyak pilihan jenama Smart TV terutamanya di pasaran Malaysia sudah menyokong aplikasi Prime Video. Jadi lepas ni, lebih mudah untuk anda strim filem di skrin yang lebih besar.

Akan tetapi untuk anda dapatkan akses semua kandungan Prime Video di smart tv, terlebih dahulu anda perlu login akaun di tv anda tersebut.

Jika di peranti telefon pintar atau di website, anda hanya perlu login seperti biasa dengan menggunakan emel dan password. Tetapi di smart tv sedikit berlainan.

Untuk anda yang tak tahu atau kali pertama, boleh ikut langkah dibawah cara untuk sambungkan akaun Prime Video anda di smart tv dengan mudah sahaja

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

Tidak boleh tidak atau Wajib untuk anda langgan akaun Prime Video terlebih dahulu sebelum sambungkan akaun di smart tv.

Jadi anda boleh subscribe Prime Video dengan harga serendah RM19.90 sebulan.

1.  Muat-Turun Aplikasi Prime Video

Download aplikasi Prime Video di smart tv anda seperti biasa dan buka aplikasi tersebut

2.  Sign-In Akaun

Kemudian pada paparan hadapan, klik butang Sign-in

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

3.  Sign-in Menggunakan Browser

Terdapat 2 cara untuk anda Sign-in akaun Prime Video sama ada menggunakan web atau imbas QR Code. Cara guna web:

i)  Anda taip amazon.com/mytv di smartphone atau laptop anda.

ii)  Kemudian Sign-In akaun Prime Video anda seperti biasa menggunakan emel dan password

iii)  Sesudah iatu, masukkan kod yang dipaparkan di smart tv anda tersebut

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

4.  Boleh Mula Striming

Selesai. Kini anda boleh mula strim semua kandungan filem, series, dokumentari, anime dan pelbagai lagi di smart tv anda.

Cara Sambungkan Akaun Prime Video Di Smart TV

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Menonton Prime Video Di Smart TV (Login Dan Tonton)"