Drama Puaka Cuti Semester Di TV3 - Sinopsis

Drama Puaka Cuti Semester

Saksikan drama Puaka Cuti Semester yang akan menemui penonton mulai 24 Ogos 2023, bersiaran setiap hari Khamis sebanyak dua episod menerusi platform striming watch.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Untuk episod pertama anda boleh tonton secara percuma, tetapi untuk menonton episod-episod seterusnya anda perlu langgan akaun VIP dengan harga serendah RM9.90 sebulan.

Drama siri original 10 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Anomalia Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Qawiem Hamizan bersama Haniz Ali.

Info Drama

Episod : 10
Tayangan : Tonton Original
Tarikh : Mulai 24 Ogos 2023 (Setiap Khamis)
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Qawiem Hamizan dan Haniz Ali
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Anomali Media Sdn. Bhd.

Drama Puaka Cuti Semester

Barisan Pelakon & Watak Lakonanan

Drama Puaka Curi Semester menampilkan barisan pelakon seperti Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat, Aryana Armani dan ramai lagi.

  • Mark Adam sebagai Iqsan
  • Zaki Azeman sebagai Zubair
  • Farhan Mazlan sebagai Fahmi
  • Tracie Sinidol sebagai Leha
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Ropie sebagai En. Sabri
  • Azza Elite sebagai Kak Ton
  • Nazzaty Rusly sebagai Melati
  • Hariff Ahamat sebagai Dr. Ariff

Sinopsis Drama Puaka Cuti Semester

Drama Puaka Cuti Semester mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Kali ini sepanjang cuti semester, mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan masing-masing. Antaranya ada yang mempunyai masalah kewangan, rasa malu dan bermotivasi utnuk menjadi pelajar cemerlang.

Tetapi pada suatu hari, mereka diganggu oleh hantu askar Jepun ketika berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Disebabkan itu, pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya ada kelibat pontianak, jerangkung dan bunia. Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka di lapangan.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan ketakutan dan kekecohan, dalam masa yang sama juga, ianya telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar tersebut.

Jadi apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka? Dapatkan mereka merungkai kisah-kisah mereka tersebut pada akhirnya?

Drama Puaka Cuti Semester

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Puaka Cuti Semester Di TV3 - Sinopsis"