Tayangan Siaran Langsung Liga Saudi Kini Di SPOTV

Tayangan Siaran Langsung Liga Saudi Kini Di SPOTV

Kalau dulu orang tak pandang pun, sekarang Liga Saudi atau nama rasmi Roshn Saudi League boleh ditonton seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi saluran SPOTV secara rasmi.

Peminat bola sepak pasti teruja dengan pengumuman ini yang mana lepas ni boleh la tengok bintang-bintang seperti Cristiano Ronaldo, Benzema, Henderson, Firmino, Sadio Mane, Riyad Mahrez beraksi di kaca tv.

Sepertinya yang diumumkan, selain di Malaysia, SPOTV juga mendapatkan hak penyiaran bagi negara Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Filipina, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Liga Saudi akan bersambung semula secara rasmi pada 12 Ogos 2023 dan untuk musim 2023/24, di Malaysia, SPOTV akan bawakan sebanyak 102 perlawanan secara keseluruhan.

Lepas ni, anda boleh mula pilih pasukan kelab kegemaran anda sama ada Al-Ittihad, Al-Nassr, Al-Hilal, Al-Shabab, Al-Taawon, Al-Fateh dan ramai lagi. Untuk info, CR daripada kelab Al-Nassr.

Setiap minggu, peminat bole sepak boleh saksikan 3 perlawanan yang dibawakan secara langsung menerusi saluran SPOTV dan juga di SPOTV NOW.

Untuk yang ingin tonton secara live streaming di aplikasi, anda boleh langgan akaun premium dengan harga RM14.98 sebulan. Anda boleh strim perlawanan di smartphone atau laman web. Download secara percuma di playstore dan appstore.

Manakala untuk pengguna Astro, SPOTV ditayangkan menerusi saluran CH816 dan di Unifi TV di saluran saluran CH706.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Tayangan Siaran Langsung Liga Saudi Kini Di SPOTV"