Telefilem Anugerah Di TV2

Telefilem Anugerah Di TV2

Saksikan telefilem Anugerah yang akan menemui penonton semula pada 29 Ogos 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya dibawakan pada tahun 2022 sempena bulan Kemerdekaan ini merupakan terbitan syarikat produksi AR Factor Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mejar Zainal Hayat yang juga penulis skrip untuk naskah ini.

Sinopsis Telefilem Anugerah

Telefilem Anugerah menampilkan barisan pelakon seperti Zaidi Omar, Mubarak Majid, Kapten Md. Nor Bond (B), Mawar Rashid, Kenji Sawahi, Raff Yaakob Rajamail, Yudi Mohamed Nordin dan ramai lagi.

  • Zaidi Omar sebagai SJN Samad
  • Mubarak Majid sebagai KPL Harun
  • Kapten Md. Nor Bond (B) sebagai SSJN Deris MP
  • Mawar Rashid sebagai Kamelia
  • Kenji Sawahi sebagai Ah Keong

Ianya mengisahkan tentang Samad iaitu seorang bekas tentera yang bekerja sebagai pengawal. Sempena Hari Malaysia, Samad dan rakan-rakan veterannya telah dijemput ke majlis penganugerahan pingat untuk menghargai perjuangan mereka.

Hasrat untuk hadir ke majlis penyerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) tidak kesampaian apabila dia ditembak oleh perompak ketika bertugas menggantikan Muniandy yang berada di hospital kerana isterinya hendak bersalin.

Telefilem Anugerah Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Anugerah Di TV2"