Telefilem Bercakap Dengan Lin Di TV2

Telefilem Bercakap Dengan Lin Di TV2

Saksikan telefilem Bercakap Dengan Lin yang akan menemui penonton pada 7 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem seram komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Umisha Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Noorsyida Mohd Radzali dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Bercakap Dengan Lin

Telefilem Bercakap Dengan Lin menampilkan barisan pelakon seperti Amar Baharin, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Safwan Nazri, Nick Naim, Zulkifli Sudin, RJ Helmi dan ramai lagi.

  • Amar Baharin sebagai Ilham
  • Hanna Aqeela sebagai Lin/Syakilla
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Mak Nini
  • Safwan Nazri sebagai Adam
  • Nick Naim sebagai Jamil

Ianya mengisahkan tentang Ilham yang berkenalan dengan Lin di laman sosial dan syarat setiap pertemuan adalah selepas 12 malam.

Mereka sering keluar bersama dan orang sekeliling lihat Ilham cakap bersendirian. Sahabat Ilham berusaha menyedarkannya hingga Ilham tahu perkara sebenarnya.

Telefilem Bercakap Dengan Lin Di TV2

Telefilem Bercakap Dengan Lin Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bercakap Dengan Lin Di TV2"