Telefilem Ralat Di TV1

Telefilem Ralat Di TV1

Saksikan telefilem Ralat yang akan menemui penonton pada 5 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi lot Panggung RTM di TV1.

Telefilem yang disiarkan khas sempena bulan kemerdekaan ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamnaj Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Feroz Kader.

Sinopsis Telefilem Radar

Telefilem Radar menampilkan barisan pelakon seperti Azrel Ismail, Ika Nabella, Nur Risteena Munim, Riz Amin, Puteri Rafasya, Luna Liyana, Rahim Kidol, Sharifah Anthasha, Hashim, Ayu Azlina, Ben Ryzlan dan ramai lagi.

  • Azrel Ismail Zaim
  • Riz Amin sebagai Afzan
  • Nur Risteena sebagai Iman
  • Ika Nabella sebagai Hani
  • Puteri Rafasya sebagai Puteri

Ianya mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Zaim dan Afzan yang bekerja di syarikat yang sama. Kehidupan mereka dalam bersahabat seperti orang lain yang ada pasang surutnya.

Malang tidak berbau takdir menentukan mereka berdua telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan Afzan meninggal dunia. Manakala Zaim pula berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan pakar.

Isteri Afzan, Iman memutuskan mengambil alih tanggungjawab segala tugas Afzan sebagai Pengarah Projek. Dia tidak percaya orang lain akan mampu untuk mengambilalih bebanan kerja ditinggalkan arwah suaminya itu.

Sementara itu, anak mereka Puteri sering teringatkan arwah papanya. Iman meminta bantuan Zaim untuk memujuk Puteri. Puteri memanggil Zaim dengan panggilan papa. Isteri Zaim, Hani merupakan kawan baik Iman. Hani syak Zaim ada hubungan dengan Iman.

Iman pula tanpa sedar selalu terbayangkan Zaim sebagai Afzan. Mereka berdua kemudiannya bernikah. Hani membawa diri untuk mencari ketenangan. Zaim dimasukkan ke hospital kerana sakit.

Zaim kritikal kerana organ dalamannya masalah. Rupanya arwah Afzan telah mendermakan hatinya pada Zaim ketika mereka berdua mengalami kemalangan.

Akhirnya Zaim turut kritikal dengan masalah kesihatan dihadapinya? Mampukah dia terus bertahan untuk hidup? Apakah penyudah kepada hubungan tiga segi mereka?

Tayangan Telefilem Ralat

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Ralat pada 5 Ogos 2023, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan juga secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Ralat Di TV1"