Koleksi Senarai Ucapan Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023 Yang Menarik

Setiap tahun, ucapan Hari Merdeka sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia. Jadi untuk tahun 2023 ini, disediakan pelbagai contoh ucapan patriotik dan menarik yang anda boleh gunakan untuk kongsi kepada keluarga dan rakan-rakan anda.

Hari Kemerdekaan atau kini digelar dengan Hari Kebangsaan merupakan hari yang sangat bersejarah untuk kita rakyat Malaysia. Ianya merupakan hari dimana secara rasmi Malaysia ketika itu Tanah Melayu bebas daripada penjajah.

Ini semua merupakan hasil titik peluh perjuangan daripada semua yang terlibat ketika itu bagi membebaskan tanah air ini daripada anasir-anasir luar. Sehingga kini kita semua sudah bebas dan tidak perlu takut-takut lagi.

Oleh itu, kini tanggungjawab kita untuk kekal kan pula nikmat kebebasan yang dikecapi ini. Perkara paling utama pastinya tiada perpecahan yang berlaku dalam negara. Semua bersatu hati dan bina perpaduan tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Dengan ucapan salam dan sampaikan perkara-perkara positif juga mampu untuk memupuk semangat perpaduan. Jadi jika anda ingin dapatkan contoh ucapan yang menarik sempena Hari Merdeka ini, boleh tengok senarai dibawah.

Jadi lepas ni, anda boleh la kongsikan kepada ahli keluarga yang jauh mahupun rakan-rakan anda. Boleh kongsikan menerusi aplikasi Whatsapp atau SMS. Selain itu, boleh share di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok dan sebagainya.

Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh negara pada 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada penjajahan dari mula hingga tahun 1957.

Jadi untuk tahun 2023, kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Merdeka yang ke-66 iaitu pada 31 Ogos 2023 bersamaan pada hari Khamis. Ambang Merdeka jatuh pada 30 Ogos, malam sebelumnya iaitu pada hari Rabu.

Tahun ini, kerajaan telah menetapkan dan memperkenalkan logo rasmi 'Malaysia MADANI' dengan mengangkat tema 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' yang juga digunakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Senarai Ucapan Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023 Dan Pantun Merdeka

Disini ada pelbagai jenis ucapan Hari Kemerdekaan yang anda boleh gunakan iaitu dalam ucapan selamat dan juga dalam bentuk pantun. Anda bebas untuk menggunakannya.

Ucapan Hari Kemerdekaan 1

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta. Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.

Ucapan Hari Kemerdekaan 2

Selamat Hari Kebangsaa Ke-66

Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara ita dalam bentuk Malaysia yang aman dan harmoni.

Ucapan Hari Kemerdekaan 3

Pada hari istimewa ini, marilah kita semua bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara yang kita cintai.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66. Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Ucapan Hari Kemerdekaan 4

Salam Kemerdekaan buat seluruh rakyat malaysia.

Genap 66 tahun tanah air kita mengecapi kemerdekaan. Semoga semangat kemerdekaan terus tertanam dan berkobar di dalam jiwa seluruh anak bangsa.

Ucapan Hari Kemerdekaan 5

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selamat Menyambut HARI KEMERDEKAAN yang ke-66 kepada semua rakyat Malaysia

Ucapan Hari Kemerdekaan 6

Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara... Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66.

Ucapan Hari Kemerdekaan 7

Dalam perpaduan, kita wujudkan keamanan. Dalam keamanan, kita wujudkan keharmonian. Dalam keharmonian, kita wujudkan sebuah kesejahteraan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66

Ucapan Hari Kemerdekaan 8

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapai selama ini. Salam Hari Kebangsaan Ke-66

Ucapan Hari Kemerdekaan 9

Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dan dapat menghirup udara segar dengan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-66

Ucapan Hari Kemerdekaan 10

Bebaskan diri daripada penjajahan yang bersifat negatif baik dari segi mental dan fizikal. Majukan diri dan keluarga ke atas yang yang lebih baik. Salam Kemerdekaan Ke-66.

Ucapan Hari Kemerdekaan 11

Perbezaan agam dan bangsa tidak menghalang kesatuan hati rakyat Malaysia. Tanamkan sikap perpaduan dan kecintaan kepada tanah air yang Merdeka. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 kepada semua.

Ucapan Hari Kemerdekaan 12

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 66

Hayatilah pengorbanan dan pupuklah semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing- masing agar kita tetap kenang pengorbanan nenek moyang dalam membebaskan tanah air daripada penjajah.

Ucapan Hari Kemerdekaan 13

Today, we have the freedom and independence we desire, as well as the conveniences and rights that come with being a citizen. My dear, I wish you a very happy Independence Day.

Ucapan Hari Kemerdekaan 14

It's a day to cheer as the 31th of August is finally here. All of us may be different, in many regards, but we all stand on the same ground, same nation, same freedom, same dreams wished upon.

Ucapan Hari Kemerdekaan 15

Today we can enjoy freedom and independence, enjoy the comforts and rights we are given as a citizen…. Wishing you a very Happy Malaysia Independence Day my dear

Ucapan Pantun Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023

Pantun Hari Merdeka 1

Bunga raya bunga kebangsaan,
Warna merah indah menawan,
31 Ogos hari kemerdekaan,
Malaysia bebas dari penjajahan.

Pantun Hari Merdeka 2

Sungguh indah Gunung Tahan,
Khazanah indah kurniaan tuhan,
Salam Kemerdekaan saya ucapkan,
Malaysia maju bergerak ke hadapan. 

Pantun Hari Merdeka 3

Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah,

Pantun Hari Merdeka 4

Bersyukur kita menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai,
66 tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Pantun Hari Merdeka 5

Meredah hujan untuk kembara,
Rehat sebentar menjamu juadah,
Hargai Merdeka yang kita rasa,
Hilang ia sesal tak sudah.

Pantun Hari Merdeka 6

66 tahun telah berlalu,
Negara kita mencapai merdeka,
Rakyat Malaysia berganding bahu,
Menjaga keharmonian negara tercinta.

Pantun Hari Merdeka 7

Terang pawaka dengar simfoni,
Wajahmu puan sinar gemerlapan,
Negaraku Merdeka Malaysia Madani,
Tekadkan Perpaduan Penuhi Harapan.

Pantun Hari Merdeka 8

Gemala zahir kurniaan juwita,
Ratna indah nirmala bersuku,
Disini lahir sebuah cinta,
Malaysia tanah tumpah darahku.

Pantun Hari Merdeka 9

Di desa mahupun di kota,
Bersatu hati semua bangsa,
Kerana cinta akan negara,
Kembali merdeka dikibar bersama.

Pantun Hari Merdeka 10

Dalam sejarah Malaysia tercinta,
Banyak nyawa telah terkorban,
Kemerdekaan ini amat bermakna,
Lagu merdeka menjadi kebangaan.

SELAMAT MENYAMBUAT HARI KEMERDEKAAN KE-66 diucapan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Koleksi Senarai Ucapan Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023 Yang Menarik"

Comment Author Avatar
Selamat menyambut hari kebangsaan