Telefilem Yang Mana Satu Di TV9

Telefilem Yang Mana Satu Di TV9

Saksikan telefilem Yang Mana Satu yang akan menemui penonton semula pada 11 Ogos 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Aizol Arsyad Putra

Sinopsis Telefilem Yang Mana Satu

Telefilem Yang Mana Satu menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Puteri Najuwa, Maria Farida, Hairi Safwan, Khatijah Tan, Zazli Baginda, Raja Ema dan ramai lagi.

  • Fattah Amin sebagai Azhar
  • Puteri Najuwa sebagai Mira
  • Maria Farida sebagai Cik Gayah
  • Khatijah Tan sebagai Puan Aminah

Ianya mengisahkan kehidupan Azhar sebagai seorang pemuda yang berwajah kacak tetatpi berperilaku buruk selain mempunyai sikap pemalas dan hanya mengerjakan sesuatu dengan hanya sambil lewa.

Sikapnya itu membuatkan Puan Aminah memaksa Azhar menerima pekerjaan sebagai pembantu peribadi Dato' Khalid.

Suatu hari apabila dia hampir terlanggar seorang gadis bernama Mira yang sedang melintas jalan, Azhar telah terpikat dengannya. Bagi memenangi hati Mira, Azhar mula berlagak seperti orang kaya dan berjaya membuatkan Mira jatuh cinta padanya.

Penipuannya berakhir apabila Cik Gayah, ibu kepada Mira juga adalah kekasihnya.

Telefilem Yang Mana Satu Di TV9

Telefilem Yang Mana Satu Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Yang Mana Satu Di TV9"