Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu Di TV9

Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu Di TV9

Saksikan telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu yang akan menemui penonton semula pada 1 September 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetreen Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland.

Sinopsis Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Aznah Hamid, Ridzuan Hashim, Fahad Iman, Zarina Zainuddin, Bob Yusof, Sean Lee dan ramai lagi.

  • Diana Danielle sebagai Amelia
  • Amelia Henderson sebagai Mary
  • Jelita Kako sebagai Jane
  • Aznah Hamid sebagai Tok Mah
  • Ridzuan Hashim sebagai Datuk Bob
  • Fahad Iman sebagai Reza
  • Zarina Zainuddin sebagai Kak Ros
  • Bob Yusof sebagai Cukcop
  • Sean Lee sebagai Chong

Ianya mengisahkan tentang tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris iaitu Amelia, Mary dan Jane yang membesar di luar negara dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia.

Datuk Borhan, bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Nek Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Nek Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari.

Telefilem Anak Mat Salleh Tapi Melayu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post