Jadual Dan Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2023 Hangzhou

Jadual Dan Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2023 Hangzhou

Pastinya antara acara sukan yang dinanti-nantikan adalah Bola Sepak dan kali ini dalam temasya Sukan Asia Hangzhou 2022-2023 ianya bakal berlangsung lebih awal daripada tarikh rasmi iaitu dari 19 September hingga 7 Oktober 2023.

Secara keseluruhan, acara Bola Sepak menawarkan 2 pingat emas iaitu menerusi kategori lelaki dan wanita. Terdapat 23 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita yang mengambil bahagian dalam temasya kali ini.

Antara negara pasukan yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori ialah China, Korea, Jepun, Hong Kong, India, Vietnam, Thailand, Chinese Taipei, Myanmar dan banyak lagi. Edisi kali ini, Malaysia tidak menghantar wakil baik lelaki dan wanita.

23 pasukan bola sepak lelaki telah dibahagikan dalam 6 kumpulan yang terdiri daripada 3-4 pasukan setiap daripadanya. Manakala kategori wanita ada 5 kumpulan yang dibahagikan daripada 16 pasukan yang mengambil bahagian.

[Pasukan Lelaki]

  • Group A - China, India, Myanmar, Bangladesh
  • Group B - Iran, Arab Saudi, Vietnam, Mongolia
  • Group C - Uzbekistan, Hong Kong, Syria, Afghanistan
  • Group D - Jepun, Palestine, Qatar
  • Group E - Korea Selatan, Bahrain, Thailand, Kuwait
  • Group F - Korea Utara, Kryzgystan, Indonesia, Chinese Taipei

[Pasukan Wanita]

  • Group A - China, Uzbekistan, Mongolia, Iran
  • Group B - Chinese Taipei, Thailand, India
  • Group C - Korea Utara, Singapura, Kemboja
  • Group D - Jepun, Vietnam, Nepal, Bangladesh
  • Group E - Korea Selatan, Filipina, Myanmar, Hong Kong

Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou

Sama seperti sukan-sukan lain juga dimana sukan Bola Sepak terutamanya bagi kategori lelaki akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Jadi peminat sukan ini, jangan risau anda boleh saksikan perlawanan ini di tv.

Acara Bola Sepak akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) ann secara online di Astro Go dan Sooka.

Selain di Astro, anda boleh tonton di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Bola Sepak Sukan Asia Hangzhou 2023 (Lelaki)

Jadi untuk peminat bola sepak khususnya, meskipun tiada wakil Malaysia, jangan lupa untuk saksikan acara ibu segala pingat iaitu Bola Sepak kategori lelaki yang berlangsung sepanjang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022-2023 ini.

[PERINGKAT KUMPULAN]

19 September 2023 (Selasa)

FT : Bahrain (1) - (1) Thailand
FT : Bangladesh (0) - (1) Myanmar
FT : Vietnam (4) - (2) Mongolia
FT : Korea Utara (2) - (0) Chinese Taipei
FT : China (5) - (1) India
FT : Korea Selatan (9) - (0) Kuwait
FT : Arab Saudi (0) - (0) Iran
FT : Indonesia (2) - (0) Kyrgyzstan

20 September 2023 (Rabu)

FT : Jepun (3) - (1) Qatar

21 September 2023 (Khamis)

FT : Kuwait (1) - (1) Bahrain
FT : India (1) - (0) Bangladesh
FT : Mongolia (0) - (3) Arab Saudi
FT : Chinese Taipei (1) - (0) Indonesia
FT : Myanmar (0) - (4) China
FT : Thailand (0) - (4) Korea Selatan
FT : Iran (4) - (0) Vietnam
FT : Kyrgyzstan (0) - (1) Korea Utara

22 September 2023 (Jumaat)

FT : Hong Kong (0) - (1) Uzbekistan
FT : Qatar (0) - (0) Palestine

24 September 2023 (Ahad)

FT : Kyrgyzstan (4) - (1) Chinese Taipei
FT : Korea Utara (1) - (0) Indonesia
FT : China (0) - (0) Bangladesh
FT : Myanmar (1) - (1) India
FT : Vietnam (1) - (3) Arab Saudi
FT : Iran (3) - (0) Mongolia
FT : Korea Selatan (3) - (0) Bahrain
FT : Thailand (1) - (1) Kuwait

25 September 2023 (Isnin)

FT : Uzbekistan (2) - (1) Hong Kong
FT : Palestine (0) - (1) Jepun

[PUSINGAN 16 TERBAIK]

27 September 2023 (Rabu)

FT : Iran (2) - (0) Thailand - 4.30 pm
FT : Korea Utara (2) - (0) Bahrain - 4.30 pm
FT : China (1) - (0) Qatar - 7.30 pm
FT : Hong Kong (1) - (0) Palestine - 7.30 pm
FT : Korea Salatan (5) - (1) Kyrgyzstan - 7.30 pm

28 September 2023 (Khamis)

AET : Uzbekistan (2) - (0) Indonesia - 4.30 pm
FT : India (0) - (2) Arab Saudi - 7.30 pm
FT : Jepun (7) - (0) Myanmar - 7.30 pm

[SUKU AKHIR]

1 Oktober 2023 (Ahad)

FT : Uzbekistan (2) - (1) Arab Saudi - 3.00 pm
FT : Iran (0) - (1) Hong Kong - 7.30 pm
FT : Jepun (2) - (1) Korea Utara - 7.30 pm
FT : China (0) - (2) Korea Selatan - 8.00 pm

[SEPARUH AKHIR]

4 Oktober 2023 (Rabu)

FT : Hong Kong (0) - (4) Jepun - 6.00 pm
FT : Korea Selatan (2) - (1) Uzbekistan - 8.00 pm

[FINAL]

7 Oktober 2023 (Sabtu)

[Pingat Gangsa] - Uzbekitsan vs Hong Kong - 4.00 pm

[Final/Pingat Emas] - Korea vs Jepun - 8.00 pm

[Kategori Lelaki]

Emas 🥇 -
Perak 🥈 -
Gangsa 🥉 - 

[Kategori Wanita]

Emas 🥇 -
Perak 🥈 -
Gangsa 🥉 - 

Jika anda ingin dapatkan jadual dan keputusan penuh untuk sukan Bola Sepak bagi kategori wanita, anda boleh pergi ke laman web rasmi Suka Asia Hangzhou di info.hangzhou2022.cn/football

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2023 Hangzhou"