Saksikan drama terbaru Dara & The Gang yang akan menemui penonton mulai 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.
Drama yang diadaptasi daripada novel 'Dara Gangster And The Gangs' karya Amarilis Rahim ini merupakan terbitan syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.
Naskah 13 episod yang membawa genre romantik komedi ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dengan nukilan skrip daripada Dr. Mohd Shahremy.
OST Drama
Tajuk Lagu : Cari-Cara Cinta
Penyanyi : Puteri Khareeza dan Wanie Ooi
Komposer : Padi Muhammad Alif Zharfan
Penulis Lirik : ND Mohd Nasir Deraman
Barisan Pelakon & Watak Lakonan
Drama Dara & The Gang menampilkan barisan pelakon seperti Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan, Chubb-E, Cat Farish, Enot, Apit Wan Lebo dan ramai lagi.
- Shasha Abedul sebagai Dara
- Erysha Emyra sebagai Busu
- Arena Wan sebagai Bedah
- Chubb-E sebagai Rizal
- Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari
Sinopsis Drama Dara & The Gang
Drama Dara And The Gang mengisahkan tentang kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.
Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran 'Dara Gangster' yang diberikan oleh Wan Saari kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit.
Sejak insiden itu, nama 'Dara Gangster' terus melekat di mulut penduduk kampung!
Namun, kehadiran Rizal, seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.
Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.
Post a Comment