Filem Mat Kola - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 21 September Ini

Filem Mat Kola

Saksikan filem Mat Kola yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 September 2023 bersamaan pada hari Khamis dan hingga seterusnya.

Filem komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi AA Success Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hafiz Nafiah dengan nukilan skrip dan idea asal masing-masing daripada Pijon dan Azman Ahmad.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Mat Kola ini seperti Ropie, Usop, Taiyudin Bakar, Azman Ahmad, Rozita Che Wan, Putri Hanan, Fendi London, Mohd Hafeezul, Abang Gee, Zainon Ismail, Suhaili Che Rus, Cikgu Akop dan ramai lagi.

  • Ropie sebagai Pak Sheikh
  • Usop sebagai Mat Ki
  • Azman Ahmad sebagai Mat Yon
  • Taiyuddin Bakar sebagai Mat Not
  • Rozita Che Wan sebagai Che Som
  • Putri Hanan sebagai Maliah
  • Fendi London sebagai Bang Lah
  • Mohd Hafeezul Yop sebagai Joe Klipop
  • Zainon Ismail sebagai Bang Non

Sinopsis Filem Mat Kola

Filem Mat Kola mengisahkan tentang tiga orang pemuda iaitu Mat ki, Mat Yon dan Mat Not yang kecewa dalam kehidupan masing-masing.

Mat Ki berhadapan masalah dibuang kerja tanpa sebab. Mat Yon ditipu tunang yang baru diketahuinya ada lelaki lain menjelang hari perkahwinan mereka.

Mat Not dipandang rendah oleh ayahnya kerana tidak berjaya seperti adik-beradiknya yang lain. Sebaik terserempak, mereka mula bersemangat memperbaiki diri bersama.

Mereka mencari rumah sewa dan melalui cadangan Pak Syeikh, mereka dapat menyewa rumah sewa milik Che Som, betul-betul di sebelah rumah Che Som.

Mereka merancang untuk memulakan perniagaan dengan menjual burger di kawasan kampung dan ini menimbulkan rasa dengki Pak Syeikh. Pelbagai rancangan dilakukan Pak Syeikh untuk mensabotaj perniagaan mereka.

Filem Mat Kola

Filem Mat Kola

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Mat Kola - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 21 September Ini"