Jadual Dan Keputusan Badminton Malaysia Sukan Asia 2023 Hangzhou

Jadual Dan Keputusan Badminton Malaysia Sukan Asia 2023 Hangzhou

Kini tiba giliran sukan Badminton dipertandingkan dalam Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou dimana ianya akan bermula dari 28 September hingga 7 Oktober 2023 bertempat di Binjing Gymnasium di Hangzhou, China.

Untuk edisi kali ini, secara keseluruhan terdapat 7 acara yang dipertandingkan sekali gus menawarkan 7 pingat emas; acara berpasukan lelaki, berpasukan wanita, perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita dan campuran.

Kali ini juga terdapat 23 negara yang mengambil bahagian dengan secara keseluruhan terdapat 246 atlet yang terlibat. Antara negara tersebut seperti China, India, Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Jepun dan banyak lagi termasuklah daripada Malaysia.

Acara badminton untuk edisi Hangzhou 2022 kali ini secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah untuk acara berkumpulan iaitu dari 28 September hingga 1 Oktober 2023. Manakala acara individu bermula dari 2 hingga 7 Oktober selepas itu.

Format pertandingan kali ini bagi kedua-dua acara berkumpulan dan individu adalah secara kalah mati. Untuk acara berkumpulan, akan bermula daripada saingan pusingan 16 terbaik. Manakala acara individu bermula daripada pusingan 64 terbaik.

Pada edisi 2018 di Jakarta Indonesia, Malaysia tidak berjaya membawa pulang apa-apa pingat baik daripada acara berkumpulan mahupun individu. Kali ini sukan badminton antara sukan yang termasuk bagi memenangi 27 pingat yang disasarkan.

Undian Perlawanan Sukan Badminton Bagi Acara Berkumpulan

Malaysia akan menyertai bagi acara sukan badminton berkumpulan kategori lelaki sahaja. Tiada wakil negara untuk kategori berkumpulan wanita kali ini.

Berikut merupakan undian perlawanan bagi sukan badminton di acara berkumpulan dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 kali ini.

undian malaysia di badminton berpasukan lelaki sukan asia hangzhou 2022

Senarai Pemain Malaysia Terlibat Dalam Sukan Badminton Sukan Asia 2022 Hangzhou

Ini merupakan senarai penuh kesemua 18 pemain atau atlet Malaysia yang mengambil bahagian dalam sukan Badminton baik dalam acara berkumpulan lelaki atau acara individu.

[Lelaki] - Aaron Chia, Cheam June Wei, Chen Tang Jie, Goh Soon Huat, Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Ng Tze Yong, Ong Yew Sin, Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi

[Wanita] - Go Pei Kee, Goh Jin Wei, K. Lestshanaa, Pearly Tan, Shevon Lai Jemie, Thinaah Muralitharan, Toh Ee Wei, Valeree Siow

Siaran Langsung Badminton Malaysia Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou

Meskipun tampak sukar laluan Malaysia dalam acara berkumpulan lelaki, pastinya para pemain dan atlet akan memberikan yang terbaik bagi memburu pingat dalam temasya kali ini. Jadi penonton juga pastinya tidak sabar untuk saksikan aksi atlet badminton kita beraksi.

Jadi sama seperti pada sukan-sukan lain juga, sukan badminton anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi Astro di saluran khas Astro Supersports (CH785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Selain di Astro, anda juga boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Malaysia Badminton Berpasukan Lelaki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Berikut merupakan jadual penuh melibatkan atlet Malaysia dalam acara badminton berpasukan lelaki sepanjang Sukan Asia Hangzhou 2022. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat setiap perlawanan.

28 September 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Mongolia (1) - (3) Nepal - 9.00 am
Hong Kong (3) -(2) Thailand - 5.00 pm
Singapura (0) - (3) Jepun - 5.00 pm
Chinese Taipei (3) - (0) Maldives - 5.00 pm
Korea Selatan (3) - (1) Malaysia - 5.00 pm (Link 1 | Link 2)

[MS1] Jeon Hyeok Jin (KOR) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-14, 14-21, 21-18]

[MD1] Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Aaron Chia/Soh Wooi Yik - [17-21, 9-21]

[MS2] Lee Yun Gyu (KOR) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-11, 21-16]

[MD2] Kim Won Ho/Na Sung Seung (KOR) vs (MAS) Teo Ee Yi/Ong Yew Sin - [21-16, 21-18]

[MS3] Cho Geongyeop (KOR) vs (MAS) Leong Jun Hao

*Malaysia tersingkir daripada acara berpasukan

29 September 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Indonesia (1) - (3) Korea Selatan - 5 pm
India (3) - (0) Nepal - 5 pm
Chinese Taipei (1) - (3) China - 5 pm
Hong Kong (1) - (3) Jepun - 5 pm

30 September 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Korea Selatan (2) - (3) India - 5.00 pm

Jepun (1) - (3) China - 5.00 pm

1 Oktober 2023 (Ahad) - Final/Pingat Emas

India (2) - (3) China - 5.00 pm

Berpasukan Lelaki

Emas 🥇 - China
Perak 🥈 - India
Gangsa 🥉 - Korea Selatan dan Jepun

Berpasukan Wanita

Emas 🥇 - Korea
Perak 🥈 - China
Gangsa 🥉 - Jepun dan Thailand

Sekiranya anda ingin dapatkan jadual dan keputusan untuk acara berpasukan wanita, anda boleh pergi ke laman web rasmi Asian Games Hangzhou 2022 di info.hangzhou2022.cn/badminton

Jadual Dan Keputusan Malaysia Badminton Individu Sukan Asia 2023 Hangzhou

Berikut merupakan jadual penuh melibatkan atlet Malaysia dalam acara badminton individu sepanjang Sukan Asia Hanzhou 2022. Keputusan juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas tamat perlawanan.

2 Oktober 2023 (Isnin) - Pusingan 64 & 32

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 10.00 pagi. Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 Kesemua wakil negara berjaya terus ke Pusingan 32.

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (SGP) Jun Liang Kwek/Wong Jia Ying Crustal - [21-17, 21-13]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (HKG) Ng Ka Long Angus - [15-21, 21-15, 21-16] (Pusingan 64)

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao/Yang Po Han - [21-23, 21-12, 23-12]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (PAK) Ghazala Siddique - [21-10, 21-14] (Pusingan 64)

[MD] Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lee Yang/Wang Chi-Lin - [16-21, 19-21]

[XD] Goh Soon Huat/Shevon Lai Jemie (MAS) vs (IND) Rohan Kapoor/Reddy Sikki* - [2-0]*Retired

-------------------------------------------

3 Oktober 2023 (Selasa) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 10.00 pagi. Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 (live hanya di court 1 sahaja)

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (VIE) Thi Anh Thu Vu - [21-10, 21-13]

[MS] Costa Gusmao de Jesus Mourinho Zefi (NEP) vs (MAS) Lee Zii Jia - [0-21, 7-21]

[WS] Busanan Ongbamrungphan [8] (THA) vs (MAS) K Letshanaa - [21-13, 21-10]

[WD] Go Pei Kee/Valeree Siow (MAS) vs (JPN) Nami Matsuyama/Chiharu Shida - [9-21, 13-21]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (SGP) Loh Kean Yew [7] - [21-12, 21-14]

[WD] Jin Yu Jia/Wong Jia Ying Crystal (SGP) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M - [12-21, 16-21]

-------------------------------------------

4 Oktober 2023 (Rabu) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 10.00 pagi. Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 (live hanya di court 1 sahaja)

[XD] Krishna Prasad/Tanisha Crasto (IND) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [18-21, 18-21]

[XD] Supak Jomkoh/S Paewasampran (THA) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [17-21, 23-21, 21-13]

[MS] Kunlavut Vitidsarn [3] (THA) vs (MAS) Lee Zii Jia - [21-10, 19-21, 6-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (THA) Supak Jomkoh/K Kedren - [21-12, 21-14]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (INA) Gregoria Mariska Tunjung [5] - [6-21, 12-21]

[WD] Pearly Tan/Thinaah M (MAS) vs (THA) J Kititharakul/R Prajongjai - [21-15, 21-17]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (THA) Kantaphon Wangcharoen - [21-17, 21-12]

-------------------------------------------

5 Oktober 2023 (Khamis) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 9.00 pagi. Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 (live hanya di court 1 sahaja)

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-14, 23-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Prannoy H. S. [5] - [16-21, 23-21, 20-22]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka [2] - [20-22, 15-21]

[WD] Pearly Tan/Thinaah M (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee - [21-15, 11-21, 7-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (CHN) Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi - [21-18, 19-21, 21-18]

-------------------------------------------

6 Oktober 2023 (Jumaat) - Separuh Akhir (Gangsa)

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 9.00 pagi. Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (IND) Satwiksairaj Rankireddy [2]/Chirag Shetty - [17-21, 12-21] 

-------------------------------------------

7 Oktober 2023 (Sabtu) - Final/Pingat Emas

Perlawanan pembukaan akan bermula jam 2.00 petang mengikut giliran. Live Streaming (akan dikemaskini) : Live 1 | Live 2 | Live 3

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (JPN) Yuta Watanabe [2]/Arisa Higashino - [21-15, 21-14]

[MD] Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR)  vs (IND) Satwiksairaj Rankireddy [2]/Chirag Shetty - [18-21, 16-21]

[MS] Li She Feng (CHN) vs (CHN) Shi Yu Qi [4] - [23-21, 21-13]

[WD] Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee - [21-18, 21-17]

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (CHN) Chen Yu Fei [2] - [21-18, 17-21, 21-8]

Senarai Pemenang Sukan Badminton Sukan Asia Hangzhou 2022

[Perseorangan Lelaki]

Emas🥇 - Li She Feng (CHN)
Perak🥈 - Shi Yu Qi (CHN)
Gangsa🥉 - Prannoy H. S. (IND) & Kodai Naraoka (JPN)

[Perseorangan Wanita]

Emas🥇 - An Se Young (KOR)
Perak🥈 - Chen Yu Fei (CHN)
Gangsa🥉 - He Bing Jiao (CHN) & B Ongbamrungphan (THA)

[Beregu Lelaki]

Emas🥇 - Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (IND)
Perak🥈 - Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR)
Gangsa🥉 - Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE) & Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)

[Beregu Wanita]

Emas🥇 - Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
Perak🥈 - Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR)
Gangsa🥉 - Kim So Yeong/Kong Hee Yong (KOR) & Yuki Fukushima [4]/Sayaka Hirota

[Beregu Campuran]

Emas🥇 - Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)
Perak🥈 - Yuta Watanabe/Arisa Higashin (JPN)
Gangsa🥉 - Seo Seung Jae/Chae Yu Jung (KOR) & Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Badminton Malaysia Sukan Asia 2023 Hangzhou"