Keputusan Hoki Malaysia Di Sukan Asia 2023 Hangzhou Dan Jadual

Jadual Dan Keputusan Hoki Malaysia Di Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Salah satu sukan yang bakal berlangsung dalam temasya Sukan Asia Hangzhou 2023 (Asian Games) untuk kali ini adalah sukan Hoki dimana ianya akan berlangsung dari 24 September hingga 7 Oktober 2023.

Dalam sukan ini akan dipertandingkan satu acara sahaja iaitu Hoki Padang bagi kategori lelaki dan wanita. Jadi secara khususnya, sukan Hoki akan menawarkan 2 pingat emas iaitu untu kedua-dua kategori yang disenaraikan tersebut.

Fokus kepada kategori lelaki, sebanyak 12 pasukan yang akan bersaing dalam edisi kali ini. Mereka terdiri daripada India, Pakistan, Jepun, Bangladesh, Uzbekistan, Singapura, Korea, China, Thailand, Indonesia, Oman dan negara kita, Malaysia.

Kesemua pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan (pools) yang terdiri daripada 6 pasukan setiap daripadanya. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir.

Selain daripada pemburuan pingat, juara atau pasukan yang memenangi pingat emas dalam Piala Asia Hangzhou 2022-2023 kali ini secara automatik akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Jepun merupakan penyandang juara untuk Sukan Asia 2018 sebelum ini.

Ini merupakan edisi ke-17 bagi pasukan Malaysia dalam kancah Sukan Asia sejak ianya diperkenalkan. Setakat ini, Malaysia masih belum pernah memenangi pingat emas dan pencapaian terbaik adalam pada edisi 2018 dan 2010 apabila memenang pingat perak.

Kali ini, pastinya skuad The Speedy Tigers tidak mahu lagi mengulangi kesilapan pada edisi 2018 yang lalu apabila tewas kepada Jepun meskipun mendahului perlawanan. Selain emas, tiket ke olimpik juga sangat penting untuk negara.

Undian Peringkat Kumpulan Hoki Sukan Asia Hangzhou 2023

Berikut merupakan undian dan senarai pasukan bagi setiap kumpulan dalam acara Hoki Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Pool A Pool B
India Korea
Pakistan Malaysia
Jepun China
Bangladesh Thailand
Uzbekistan Indonesia
Singapura Oman

Senarai Pemain Malaysia Dalam Hoki Sukan Asia Hangzhou 2023

Berikut merupakan senarai 18 pemain kebangsaan lelaki sukan hoki yang bakal menggalas cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou 2023 dibawah kendalian Arul Selvaraj.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Hoki Sukan Asia Hangzhou 2023

Siaran Langsung Hoki Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Setiap perlawanan bagi sukan hoki padang di Asian Games Hangzhou 2022-2023 akan dibawakan secara langsung di kaca tv termasuklah perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Jadi jangan risau, boleh tengok live.

Perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Bagi yang tiada Astro, jangan risau, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Di Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi terhebat di Asia dalam temasya Sukan Asia Hangzhou 2023 termasuk pasukan Malaysia. Dapatkan jadual penuh semua perlawanan dibawah beserta keputusan yang akan dikemaksini dari semasa ke semasa.

[PERINGKAT KUMPULAN]

24 September 2023 (Ahad)

FT : Malaysia (9) - (0) Thailand - 9.00 am
FT : India (16) - (0) Uzbekistan - 11.15 am
FT : Jepun (7) - (2) Bangladesh - 1.30 pm
FT : Korea (10) - (0) Indonesia - 3.45 pm
FT : China (3) - (2) Oman - 6.30 pm
FT : Pakistan (11) - (0) Singapura - 8.45 pm

26 September 2023 (Selasa)

FT : India (16) - (1) Singapura - 9.00 am
FT : Malaysia (11) - (1) Oman - 11.15 am
FT : Uzbekistan (1) - (10) Jepun - 1.30 pm
FT : Pakistan (5) - (2) Bangladesh - 3.45 pm
FT : Indonesia (1) - (5) China - 6.30 pm
FT : Korea (10) - (0) Thailand - 8.45 pm

28 September 2023 (Khamis)

FT : Uzbekistan (2) - (18) Pakistan - 9.00 am
FT : Bangladesh (7) - (3) Singapura - 11.15 am
FT : Oman (5) - (3) Thailand - 1.30 pm
FT : Indonesia (2) - (9) Malaysia - 3.45 pm
FT : China (3) - (2) Korea - 6.30 pm
FT : Jepun (2) - (4) India - 8.45 pm

30 September 2023 (Sabtu)

FT : Singapura (0) - (14) Jepun - 9.00 am
FT : Oman (4) - (2) Indonesia - 11.15 am
FT : Malaysia (3) - (4) Korea - 1.30 pm
FT : Bangladesh (4) - (2) Uzbekistan - 3.45 pm
FT : Thailand (0) - (9) China - 6.30 pm
Pakistan vs India - 8.45 pm

2 Oktober 2023 (Isnin)

FT : Korea (16) - (2) Oman - 9.00 am
FT : Thailand (0) - (2) Indonesia - 11.15 am
FT : Singapura (1) - (2) Uzbekistan - 1.30 pm
FT : India (12) - (0) Bangladesh - 3.45 pm
FT : Jepun (3) - (2) Pakistan - 6.30 pm
FT : China (4) - (4) Malaysia - 8.45 pm

*Malaysia gagal ke peringkat seterusnya di pusingan separuh akhir

[PERINGKAT KALAH MATI]

4 Oktober 2023 (Rabu)

FT : Singapura (2) - (3) Thailand - 10.15 am
FT : Uzbekistan (1) - (4) Indonesia - 12.45 pm

Separuh Akhir
FT : India (5) - (3) Korea - 4.00 pm
FT : China (2) - (3) Jepun - 6.30 pm

6 Oktober 2023 (Jumaat)

FT : Bangladesh (3) - (4) Oman - 10.15 am
FT : Pakistan (5) - (2) Malaysia - 12.45 pm

Pingat Gangsa
FT : Korea (2) - (1) China - 4.00 pm

Final - Pingat Emas
India (5) - (1) Jepun - 6.30 pm

Keputusan Hoki Sukan Asia Hangzhou 2022

Emas 🥇 - India
Perak 🥈 - Jepun
Gangsa 🥉 - Korea Selatan
Tempat Keempat - China
Tempat Kelima - Pakistan
Tempat Keenam - Malaysia
Tempat Ketujuh - Oman
Tempat Kelapan - Bangladesh
Tempat Kesembilan - Indonesia
Tempat Kesepuluh - Uzbekistan
Tempat Kesebelas - Thailand
Tempat Kedua Belas - Singapura

Untuk aksi Hoki Padang kategori wanita, anda boleh dapatkan info penuh beserta jadual dan keputusan menerusi laman web rasmi Sukan Asia Hangzhou 2023 di info.hangzhou2022.cn/hockey/

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Keputusan Hoki Malaysia Di Sukan Asia 2023 Hangzhou Dan Jadual"

Comment Author Avatar
Misi WAJIB menang lawan China hari Isnin nanti. MALAYSIA BOLEH 🦾🦾🦾