Jadual Dan Keputusan Malaysia Kelayakan Piala Asia B23 (AFC U23 Asian Cup) 2023-2024

Jadual Dan Keputusan Malaysia Kelayakan Piala Asia U23 AFC 2024

Pusingan Kelayakan Piala Asia B32 atau AFC U23 Asian Cup 2024 akan bermula seperti yang dijadualkan iaitu dari 6 hingga 12 September 2023 dimana mencari pasukan manakah yang akan berjaya layak ke kejohanan tersebut pada tahun hadapan.

AFC U23 Asian Cup untuk tahun 2024 telah ditetapkan akan berlangsung pada 15 April hingga 3 Mei 2023 yang mana Qatar sebagai tuan rumah. Selepas skuad senior bermain di Asian Cup pada awal 2024, kemudian barulah giliran pemain bawah-23 pula beraksi.

Tapi sebelum melayakkan diri ke kejohanan tersebut, sebanyak 55 pasukan akan bersaing bagi merebut 16 slot untuk Piala Asia B23. Daripada kesemua pasukan yang mengambil bahagian, mereka telah diundi dalam 11 kumpulan dimana terdiri daripada antara 3 ke 4 pasukan bagi setiap kumpulan.

Malaysia salah satu pasukan yang mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan ini dimana telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Thailand, Bangladesh dan Filipina. Setiap kumpulan akan bermain secara berpusat, jadi untuk Kumpulan H ini akan bermain di Chonburi, Thailand.

Berikut merupakan senarai penuh pasukan bagi setiap kumpulan yang akan bersaing dalam perlawanan kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 :

  • Kumpulan A : Jordan (tuan rumah), Syria, Oman, Brunei
  • Kumpulan B : Korea Selatan (tuan rumah), Myanmar, Kyrgyzstan, Qatar
  • Kumpulan C : Vietnam (tuan rumah), Singapura, Yaman, Guam
  • Kumpulan D : Jepun, Bahrain (tuan rumah), Palestin, Pakistan
  • Kumpulan E : Uzbekistan (tuan rumah), Iran, Hong Kong, Afghanistan
  • Kumpulan F : Iraq, Kuwait (tuan rumah), Timor-Leste, Macau
  • Kumpulan G : UAE, India, Maldives, China (tuan rumah)
  • Kumpulan H : Thailand (tuan rumah), Malaysia, Bangladesh, Filipina
  • Kumpulan I : Australia, Tajikistan (tuan rumah), Laos, Korea Utara
  • Kumpulan J : Arab Saudi (tuan rumah), Kemboja, Lebanon, Mongolia
  • Kumpulan K : Turkmenistan, Indonesia (tuan rumah), Chinese Taipei

Sebelas juara kumpulan bersama empat naib juara terbaik akan melayakkan diri ke Piala Asia B23 pada tahun hadapan bersama-sama Qatar yang telah layak secara automatik selaku tuan rumah. Pastinya kesemua pasukan akan memberikan yang terbaik untuk peringkat Asia.

Untuk rekod, Arab Saudi merupakan penyandang juara bagi kejohanan dua tahun sekali AFC U23 Asian Cup tahun 2022 yang lalu. Pada edisi tersebut, Malaysia yang layak buat kali kedua terpaksa akur pulang tanpa sebarang mata selepas mengharungi tiga perlawanan duka.

Jika Malaysia berjaya dalam pusingan kelayakan ini, ianya merupakan kali ketiga Malaysia B23 peroleh pencapaian tersebut. Pencapaian terbaik yang diperoleh dalam peringkat Asia ini adalah berjaya ke pusingan suku akhir pada edisi 2018.

Senarai Pemain Malaysia B23 Dalam Pusingan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Berikut adalah senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih B23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menggalas cabaran dalam kempen Kelayakan Piala Asia B23 2024 ini:

Senarai Pemain Malaysia B23 Dalam Pusingan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024

Siaran Langsung Pusingan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 Untuk Pasukan Malaysia

Perlawanan skuad senior akan berlangsung dalam masa yang sama untuk kempen kelayakan Piala Asia B23 ini. Untuk perlawanan tersebut akan disiarkan di Astro Arena 803 dan TV9. Tapi macam mana pula tayangan untuk skuad muda negara?

Jangan risau, perlawanan bagi pusingan kelayakan Piala Asia B23 tahun 2024 ini akan ditayangkan secara eksklusif di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Tapi bagi yang tiada tv, anda boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Pasukan Malaysia Dalam Pusingan Kelayakan Piala Asia B32 AFC 2024

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi Harimau Muda bagi pasukan Malaysia dalam pusingan Kelayakan AFC U23 Asian Cup 2024 bermula dari 6 hingga 12 September dan kesemua perlawanan akan berlangsung di Chonburi, Thailand.

Manakala untuk keputusan bagi setiap perlawanan pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memberikan perkembangan yang menyerluruh terutamanya kepada skuad muda negara dalam pertandingan ini.

6 September (Rabu)
FT : Malaysia (2) - (0) Bangladesh - 5.30 pm
FT : Thailand (5) - (0) Filipina - 9.30 pm

9 September (Sabtu)
FT : Filipina (0 - (4) Malaysia - 5.30 pm
FT : Bangladesh (0) - (3) Thailand - 9.30 pm

12 September (Selasa)
FT : Bangladesh (0) - (1) Filipina - 5.30 pm
FT : Thailand (1) - ( 0) Malaysia - 9.30 pm

Kedudukan Malaysia Dalam Kumpulan H

Berikut merupakan kedudukan semasa untuk kumpulan H melibatkan pasukan Malaysia, Thailand, Bangladesh dan Filipina dalam pusingan kelayakan afc u23 asian cup 2024

Kumpulan H P Menang Seri Kalah GD Mata
Thailand 3 3 0 0 9 9
Malaysia 3 2 0 1 5 6
Filipina 3 1 0 2 -8 3
Bangladesh 3 0 0 3 -6 0

*Thailand layak ke Piala Asia B23 2024 Qatar selepas muncul juara kumpulan H

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post