Jadual Dan Keputusan Sepak Takraw Malaysia Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Jadual Dan Keputusan Sepak Takraw Malaysia Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Sepaktakraw antara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Hangzhou 2023 kali ini yang bakal berlangsung di venue Jinhua Sports Centre Gymanasium, Jinhua Zheijiang bermula dari 24 September hingga 7 Oktober 2023.

Edisi kali ini terdapat 3 acara yang dipertandingkan dan Sepak Takraw dan setiap daripadanya mempunyai 2 kategori iaitu lelaki dan wanita dengan jumlah pingat emas ditawarkan adalah sebanyak 6. Acara-acara tersebut adalah Regu Berbasukan, Regu dan Quadrant.

Pasukan Malaysia hanya terdiri daripada kategori lelaki sahaja. Jadi tiada wakil untuk kategori wanita daripada Malaysia bagi acara sukan Sepak Takraw dalam edisi Asian Games 2023 kali ini. Jadi tiada pingat untuk kategori wanita.

Sebanyak 12 negara atau pasukan yang mengambil bahagian dalam sukan Sepak takraw kali ini iaitu China, India, Indonesia, Jepun, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea, Thailand, Vietnam dan juga negara kita, Malaysia.

Akan tetapi bukan semua pasukan yang mengambil bahagian dalam setiap acara yang dipertandingkan. Sebagai contoh bagi acara regu berpasukan lelaki, hanya 6 pasukan sahaja yang mengambil bahagian bagi merebut 1 pingat emas.

Ini menjadi medan paling tinggi bagi sukan Sepak Takraw yang dimainkan di Sukan Asia sejak tahun 1990. Pada edisi lalu, juga terdapat 6 pingat emas yang ditawarkan. Malaysia berjaya memenangi satu menerusi acara Regu.

Kali ini, mereka sekali lagi akan membawa cabaran yang sama dan pastinya lebih sengit untuk mendapatkan kilauan pingat dan Sepak Takraw antara sukan yang tersenarai dalam sasaran 27 pingat untuk edisi kali ini.

Undian Kumpulan Acara Sepak Takraw Kategori Lelaki Sukan Asia Hangzhou 2023

Berikut merupakan senarai kumpulan bagi acara Regu Berkumpulan, Regu dan Quadrant bagi sukan Sepak Takraw untuk kategori lelaki sahaja dalam Sukan Asia Hangzhou 2023. Malaysia hanya tersenarai dalam 2 acara sahaja.

[Regu Berkumpulan]

Kumpulan A Kumpulan B
Thailand Malaysia
Jepun Indonesia
Laos Korea

[Regu]

Kumpulan A Kumpulan B
Malaysia Thailand
Singapura Filipina
Vietnam India
Myanmar

[Quadrant]

Kumpulan A Kumpulan B
Indonesia Korea
Vietnam Singapura
Myanmar Filipina
Laos India

Senarai Pemain Malaysia Dalam Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2023

Berikut merupakan barisan pemain skuad Sepaktaraw Kebangsaan di bawah jurulatih Ahmad Jais Baharun dan Ahmad Mohd Zain yang akan membawa cabaran negara ke Asian Games Hangzhou 2022-2023

Senarai Pemain Malaysia Dalam Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2023

Siaran Langsung Sepak Takraw Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Sama seperti sukan-sukan lain juga yang melibatkan atlet Malaysia dimana acara sukan Sepaktakraw juga akan dibawakan secara langsung ke kaca tv penonton di tanah air. Jadi jangan risau, anda boleh tengok live.

Acara Sepak Takraw akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Selain di Astro, jangan risau, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Sepak Takraw Di Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi pasukan Malaysia dalam acara Sepak Takraw di Sukan Asia Hangzhou 2022. Dapatkan jadual penuh perlawanan seperti dibawah beserta keputusan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa

[Acara Regu Berkumpulan]

24 September 2023 (Ahad)

Thailand (3) - (0) Laos - 9.00 am
Korea (2) - (1) Indonesia - 9.00 am

25 September 2023 (Isnin)

Jepun (1) - (2) Laos - 9.00 am
Malaysia (2) - (1) Indonesia - 9.00 am

26 September 2023 (Selasa)

Thailand (3) - (0) Jepun - 9.00 am
Malaysia (3) - (0) Korea - 9.00 am

27 September 2023 (Rabu) - Separuh Akhir

Thailand (2) - (0) Korea - 9.00 am
Laos (0) - (2) Malaysia - 2.00 pm

29 September 2023 (Jumaat) - Final/Pingat Emas

Thailand (2) - (0) Malaysia - 2.00 pm

Emas 🥇 - Thailand
Perak 🥈 - Malaysia
Gangsa 🥉 - Korea Selatan & Laos

[Acara Regu]

5 Oktober 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (2) - (1) Vietnam - 9.00 am
FT : Thailand (2) - (0) India - 9.00 am
FT : Filipina (2) - (0) Myanmar - 9.00 am
FT : Malaysia (2) - (0) Singapura - 2.00 pm
FT : India (0) - (2) Filipina - 2.00 pm
FT : Thailand (2) - (0) Myanmar - 2.00 pm

6 Oktober 2023 (Jumaat)

FT : Vietnam (2) - (0) Singapura - 9.00 am
FT : Thailand (2) - (0) Filipina - 9.00 am
FT : Myanmar (2) - (0) India - 9.00 am

Separuh Akhir
FT : Malaysia (2) - (0) Filipina - 2.00 pm
FT : Vietnam (0) - (2) Thailand - 2.00 pm

7 Oktober 2023 (Sabtu) - Final/Pingat Emas

Malaysia (0) - (2) Thailand - 9.00 am

[Kategori Lelaki]

Emas 🥇 - Thailand
Perak 🥈 - Malaysia
Gangsa 🥉 - Filipina & Vietnam

[Kategori Wanita]

Emas 🥇 -
Perak 🥈 -
Gangsa 🥉 - 

[Acara Quadrant]

[Kategori Lelaki]

Emas 🥇 - Myanmar
Perak 🥈 - Indonesia
Gangsa 🥉 - Jepun & Filipina

[Kategori Wanita]

Emas 🥇 - Vietnam
Perak 🥈 - Indonesia
Gangsa 🥉 - Laos & China

Acara Quadrant tiada wakil daripada Malaysia, jadi anda boleh dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi setiap perlawanan menerusi laman web rasmi Sukan Asia Hangzhou 2022 di info.hangzhou2022.cn/sepaktakraw

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Sepak Takraw Malaysia Sukan Asia Hangzhou 2022-2023"