Jadual Dan Trek Laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL2023)

Jadual Dan Trek Laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL2023)

Acara sukan lumba basikan jalan raya bertaraf antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) kini kembali untuk edisi 2023 dimana akan berlangsung bermula 23 hingga 30 September 2023 dengan melibatkan 8 trek laluan kesemuanya.

Le Tour De Langkawi (LTdL) telah berlangsung di Malaysia sejak tahun 1996. Sebelum ini, biasanya ianya melibatkan 10 peringkat trek laluan dalam tempoh 10 hari, tetapi kini ianya dikurangkan kepada 8 peringkat sahaja.

Sementara beberapa trek laluan bertukar setiap tahun, pendakian Genting Highland iaitu antara laluan paling sukar dalam siri jelajah ini pasti tidak ketinggalan. Walaupun namanya de Langkawi, tetapi pada edisi kali ini, Pulau Langkawi tidak tersenarai dalam trek laluan.

Senarai Pasukan Yang Menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023

Untuk edisi kali ini, kesemua perlumbaan melibatkan 8 peringkat iaitu selama 8 hari dengan melibatkan 11 negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan 1,280 kilometer.

Antara pasukan yang terlibat dalam siri jelajah kali ini seperti Astana Qazaqstan, EF Education - Easypost, Malaysia Natinoal Team, Euskatel - Euskadi, Team Corratec - Selle Italia, Caja Rural-Seguros RGA, Green Project-Bardiani CSF - Faizane, Equipo Kern Pharma dan Human Powered Heatlh.

Selain itu, ada juga pasukan Tudor Pro Cycling, Bolton Equities Black, Hengxiang Cycling, 7eleven Cliqq - Air21 by Roadbike Philipines, Nusantara Cycling, Terengganu Polygon Cycling, Li Ning Star, Giant Cycling, JCL Team UKYO, KSPO Professional, ST George Continental, Roojai Online Insurance dan Thailand Continental Cycling Team.

Untuk melihat senarai penuh penunggang basikal bagi setiap pasukan, anda boleh rujuk disini.

Jadual Dan Trek Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2023

Antara negeri-negeri dan laluan trek perlumbaan yang terlibat sepanjan 8 hari ini adalah di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Seremban, Selangor dan Kuala Lumpur.

Perlumbaan akan bermula di Kerteh, Terengganu dan berakhir di Kuala Lumpur.

  • Peringkat 1 : Kerteh - Kuala Terengganu (23 September 2023)
  • Peringkat 2 : Kuala Terengganu - Kota Bharu (24 September 2023)
  • Peringkat 3 : Jeli - Baling (25 September 2023)
  • Peringkat 4 : Bukit Mertajam - Menu Raya (26 September 2023)
  • Peringkat 5 : Slim River - Genting Highland (27 September 2023)
  • Peringkat 6 : Karak - Melaka (28 September 2023)
  • Peringkat 7 : Muar - Seremban (29 September 2023)
  • Peringkat 8 : Setia Alam - Kuala Lumpur (30 September 2023)

Jadual Dan Trek Laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL2023)

Siaran Langsung Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023

Jadi untuk anda peminat-peminat sukan lumba basikan jalan raya, anda boleh saksikan Le Tour de Langkawi 2023 yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro di Eurosport HD 820 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses kepada Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan.

Trek Laluan, Lokasi Dan Bagi Setiap Peringkat Dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023

Jadi untuk ketahui lebih lanjut jarak trek laluan perlumbaan, lokasi, masa pelepasan serta lokasi penamat, anda boleh rujuk jadual seperti dibawah:

Peringkat 1 : Kerteh - Kuala Terengganu

  • Tarikh : 23 September 2023 (Sabtu)
  • Jarak : 187.4 km
  • Lokasi Pelepasan : Mesra Mall, Kemasik
  • Masa Pelepasan : 11.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu
  • Jangkaan Masa Sampai : 3.31 petang
  • Trek Laluan

Mesra Mall, Kemasik - Jalan Kemaman - Dungun - Kerteh - Kampung Labohan - Paka - Dungun - Jalan Bukit Besi - Dungun - Jalan Kampung Panchur (Kampung Wa) - Jalan Jabor - Al Muktafi Billah Shah - Jerangau - Kampung Landas - Jalan Felda Jerangau Barat - Kampung Peneh - Sekayu - Kampung Bukit Gemuroh - Ajil - Kampung Wakaf Tapai - Bukit Payong - Padang Midin - Jalan Tengku Mizan - Jalan Tengku Ampuan Bariah - Jalan Teluk Ketapang - Kampung Baru Seberang Takir - Drawbridge Kuala Terengganu - Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Peringkat 2 : Kuala Terengganu - Kota Bharu

  • Tarikh : 24 September 2023 (Ahad)
  • Jarak : 186.2 km
  • Lokasi Pelepasan : Kuala Terengganu Drawbridge
  • Masa Pelepasan : 9.15 pagi
  • Lokasi Penamat : AEON Mall, Kota Bharu
  • Jangkaan Masa Sampai : 2.32 tengah hari
  • Trek Laluan :

Drawbridge, Kuala Terengganu - Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu - Chabang Tiga - Jambatan Manir - Kuala Terengganu By Pass - Jeram - Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu - Bukit Jong - Kampung Lingai - Kg Bukit Nenas - Kg Teris - Jln Kg Padang Setebu - Kg Sungai Bari - Kg Langkap - Kg Lerek - Kg Rahmat - Setiu - Jabi - Jerteh - Pasir Puteh - Selingsing - Telipot - AEON Mall, Kota Bharu

Peringkat 3 : Jeli - Baling

  • Tarikh : 25 September 2023 (Isnin)
  • Jarak : 183.1 km
  • Lokasi Pelepasan : Universiti Malaysia Kelantan, Jeli
  • Masa Pelepasan : 10.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Jalan Syed Sheh, Baling
  • Jangkaan Masa Sampai : 2.52 petang
  • Trek Laluan :

Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli - Timur Barat Highway - Kg Bukit Pak Mud - Kg Sg Mekong - Kg Salor - R&R Titiwangsa - Tasik Banding Bridge - Hentian Sungai Lebey - Kampung Bendang Riang - Gerik - Jalan Baling-Gerik - Kampung Tiak - Jalan Kulim-Baling - Kupang Kampung Sera - Jalan Mahmud - Jalan Syed Sheh, Baling

Peringkat 4 : Bukit Mertajam - Menu Raya

  • Tarikh : 26 September 2023 (Selasa)
  • Jarak : 140.2 km
  • Lokasi Pelepasan : Kompleks Sukan MBSP, Bukit Mertajam
  • Masa Pelepasan : 10.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Bandar Meru Raya, Ipoh
  • Jangkaan Masa Sampai : 1.32 tengah hari
  • Trek Laluan :

Kompleks Sukan MBSP, Bukit Mertajam - Simpang Ampat - Sungai Bakap - Jawi - Nibong Tebal - Parit Buntar - Simpang Ampat Semanggol - Selinsing - Taiping - Changkat Jering - Bukit Gantang - Kuala Kangsar - Sungai Siput - Chemor - Jalan Jelapang - Jalan Chemor - Meru Raya, Ipoh

Peringkat 5 : Slim River - Genting Highland

  • Tarikh : 27 September 2023 (Rabu)
  • Jarak : 126.4 km
  • Lokasi Pelepasan : Jalan Dato' Mohd Khusairi, Slim River
  • Masa Pelepasan : 10.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Genting Highlands, Pahang
  • Jangkaan Masa Sampai : 1.46 tengah hari
  • Trek Laluan :

Jalan Dato’ Mohd Khusairi, Slim River - Behrang Stesen - Kampung Keliang - Kerling - Rasa - Kuala Kubu Baharu - Batang Kali - Serendah - Rawang By Pass - Jalan Batu Caves - Jalan Gombak - Genting Sempah (opposite carriage way) - Gohtong Jaya - Genting Highlands

Peringkat 6 : Karak - Melaka

  • Tarikh : 28 September 2023 (Khamis)
  • Jarak : 174.5 km
  • Lokasi Pelepasan : Dataran Niaga, Karak
  • Masa Pelepasan : 10.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Dataran Pahlawan, Melaka
  • Jangkaan Masa Sampai : 2.19 petang
  • Trek Laluan :

Kampung Baru Karak - Kampung Seri Telemong - Manchis - Simpang Pelangai - Simpang Durian - Kampung Serting Ulu - Batu Kikir - Juasseh - Kuala Pilah - Senaling - Inas - Johol - Air Mawang - Jalan Tampin-Gemas - Keru - Menggong - Machap - Durian Tunggal - Batu Berendam - Dataran Pahlawan, Melaka

Peringkat 7 : Muar - Seremban

  • Tarikh : 29 September 2023 (Jumaat)
  • Jarak : 123.8 km
  • Lokasi Pelepasan : Dataran Tanjung Emas, Muar
  • Masa Pelepasan : 9.00 pagi
  • Lokasi Penamat : Dataran Centrio, Seremban 2
  • Jangkaan Masa Sampai : 12.01 tengah hari
  • Trek Laluan :

Tanjung Emas, Muar - Parit Bunga - Kesang - Sg Rambai - Merlimau - Kg Serkam Timur - Kg Pulai - Umbai - Kg Pernu - Alai - Malim - Cheng - Sg Udang - Masjid Tanah - Alor Gajah - Ramuan China Kechil - Linggi - Rantau - Mambau - Seremban 2

Peringkat 8 : Setia Alam - Kuala Lumpur

  • Tarikh : 30 September 2023 (Sabtu)
  • Jarak : 156.5 km
  • Lokasi Pelepasan : Setia City Convention Centre, Setia Alam
  • Masa Pelepasan : 12.00 tengah hari
  • Lokasi Penamat : KLCC, Kuala Lumpur
  • Jangkaan Masa Sampai : 3.47 petang
  • Trek Laluan :

Setia Alam Convention Centre - Persiaran Mokhtar Dahari - Puncak Alam - Jalan Bukit Cerakah - Meru - Kapar - Jeram - Sungai Buloh - Assam Jawa - Kuala Selangor - Jalan Bukit Belimbing - Jalan Raja Musa - Jalan Rawang - Jalan Bukit Badong - Bestari Jaya - Kampung Sungai Pelong - Paya Jaras - Jalan Kuala Selangor - Jalan Lingkaran Tengah 2 - Jalan Ampang - PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur

Untuk ketahui lebih lanjut dan terperinci tentang kawasan-kawasan yang akan dilalui dan juga pemenang bagi setiap peringkat, anda boleh rujuk facebook LTdL di www.facebook.com/petronasletourdelangkawi atau laman web di www.letourdelangkawi.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Trek Laluan Le Tour de Langkawi 2023 (LTdL2023)"