Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kawasaki Frontale ACL 2023 AFC Champions League

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kawasaki Frontale ACL 2023 AFC Champions League

Kejohanan AFC Champions League (ACL) 2023-2024 kini membuat tirai perlawanan dan antara perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs Kawasaki Frontale FC pada 19 September 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Ini merupakan perlawanan pembukaan yang pertama bagi saingan Liga Juara-Juara Asia untuk musim 2023-2024 dan ianya bermula di peringkat kumpulan dengan melibatkan kesemua 40 pasukan yang telah diundi dalam 10 kumpulan.

JDT telah diundi dalam kumpulan I bersama-sama Kawasaki Frontale daripada Jepun, Ulsan Hyundai daripada Korea dan BG Pathum United daripada Thailand. Ya, selain daripada BG Pathum, JDT telah pun diundi dalam kumpulan yang sama pada musim lalu.

Untuk peringkat kumpulan ini, ianya akan dimainkan secara home away. Jadi untuk Matchday 1 ini, JDT terlebih dahulu akan melayan kunjungan pihak lawan ke Johor bagi mengharungi perlawanan pertama sehinggalah ke seterusnya Matchday 6 pada Disember kelak.

Seperti pada musim-musim sebelumnya juga, JDT merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi mengharungi saingan di peringkat tertinggi Asia ini. Disamping Terengganu dan Sabah yang akan bermain di AFC Cup.

Jika dilihat pada musim lalu, JDT buat pertama kali dan menjadi pasukan Malaysia pertama yang berjaya melepasi peringkat kumpulan dan bermain di pusingan 16 terbaik sebelum tewas 5 gol kosong pada Urawa Reds yang juga menjadi juara pada musim 2022 yang lalu.

JDT berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Asia untuk musim kali ini selepas muncul sebagai juara Liga Super 2022. Manakala Kawasaki Frontale pula melayakkan diri secara merit selepas muncul naib juara dalam J1 League pada musim yang sama.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan JDT dan Kawasaki Frontale. Pertemuan ini sebelum ini, juga dalam pusingan peringkat kumpulan dimana mereka seri pada perlawanan pertama dan JDT terpaksa akur, tewas 5-0 pada pertemuan kedua.

Tetapi jika dilihat daripada prestasi semasa, JDT kini tetap mengungguli carta Liga Super tanpa sebarang kekalahan. Berbeza dengan Kawasaki Frontale apabila kini menduduki tangga ke-9 liga dan telah tewas sebanyak 11 kali.

Adakah ini merupakan tanda-tanda positif untuk JDT meriah 3 mata pertama dan pastinya terpenting bagi merebut slot ke pusingan 16 terbaik nanti? Bermain di tempat sendiri juga, merupakan kelebihan besar untuk JDT.

Penyokong-penyokong JDT pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan aksi sebenar yang akan disajikan kepada mereka dalam pertemuan dengan sebuah pasukan gergasi daripada Jepun itu iaitu Kawasaki Frontale dalam saingan liga elit ini.

Jadi jangan lupa untuk anda peminat dan penyokong JDT, datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Datang dan dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung AFC Champions League (ACL) 2023 JDT vs Kawasaki Frontale

Inilah satu-satunya wakil daripada Malaysia yang akan bermain di saingan tertinggi Asia ini dan pastinya tidak sabar-sabar untuk anda saksikan adakah JDT mampu memberikan tentangan kepada pasukan yang lebih hebat seperti yang ditonjolkan dalam liga tempatan.

Jadi untuk anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu melanggan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan dan boleh menonton kesemua kandungan sukan termasuk kejohanan ACL.

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan pertema peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) 2023-2024 JDT vs Kawasaki Frontale pada 19 September ini, hari Selasa, jam 8.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail atau live di Astro.

19 September 2023 (Selasa)

FT : JDT (0) - (1) Kawasaki Frontale

  • Marcinho 45'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kawasaki Frontale ACL 2023 AFC Champions League"