Siaran Langsung Malaysia vs Korea Sukan Asia 2023 Hangzhou

Siaran Langsung Malaysia vs Korea Sukan Asia 2023 Hangzhou

Aksi sukan Hoki di Sukan Asia 2022 Hangzhou diteruskan lagi dengan perlawanan keempat dan kali ini mempertemukan Malaysia vs Korea Selatan.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 30 September 2023, hari Sabtu pada jam 1.30 tengah hari waktu Malaysia bertempat di Stadium Gongshu Canal Sports Park.

Malaysia akan bertemu sebuah pasukan hoki terkuat dalam kumpulan B ini dan pastinya perlawanan ini akan berlangsung sengit untuk kedua-dua pasukan.

Sebelum ini, Malaysia terus selesa apabila menang ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan yang besar iaitu ketika bertemu Thailand, Indonesia dan Oman.

Perlawanan pertama bertemu Thailand, Malaysia menang 9-0. Kemudian dengan jumlah jaringan yang lebih besar diperoleh ketika bertemu Oman iaitu 11-1. Pada perlawanan sudah, sekali lagi Malaysia menunjukkan cara bermain hoki sebenar apabila membenam Indonesia, 9-2.

Dalam perlawanan kali ini, jaringan besar ini sudah pastinya mungkin tidak berlaku antara Korea dan Malaysia. Masing-masing merupakan top 10 rangkin dunia. Kedua-dua pasukan yang kuat.

Tetapi misi untuk menang akan diteruskan bagi melayakkan skuad The Speedy Tiger untuk berada di kelompok teratas kumpulan sekali gus mara ke pusingan separuh akhir.

Siaran Langsung Hoki Piala Asia Hangzhou 2022-2023

Setiap perlawanan bagi sukan hoki padang di Asian Games Hangzhou 2022-2023 akan dibawakan secara langsung di kaca tv termasuklah perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia. Jadi jangan risau, boleh tengok live.

Perlawanan-perlawanan ini akan disiarkan menerusi Astro di saluran khas yang dibawakan sempena temasya kali ini di Astro Supersport (CH 785 - CH789) termasuk di Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go dan Sooka.

Bagi yang tiada Astro, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Jika tiada ditayangkan di TV, anda boleh saksikan secara live streaming di 6 saluran khas dibawakan secara percuma menerusi sukanasia2022.rtm.gov.my.

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Korea Selatan

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi keempat peringkat kumpulan bagi sukan Hoki Sukan Asia 2022 Hangzhou antara Malaysia dan Korea pada 30 September ini, hari Sabtu secara langsung di kaca tv anda.

30 September 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (3) - (4) Korea Selatan

  • Razie Rahim 5' (FG), 44' (PS)
  • Jang Jonghyun 11' (PS), 44' (PC)
  • Faizal Saari 30' (PC)
  • Lee Nam Yong 32' (FG)
  • Yang Jihun 55' (PS)

Masa : 1.30 Petang
Venue : Stadium Gongshu Canal Sports Park
Tayangan : Astro dan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Korea Sukan Asia 2023 Hangzhou"