Siaran Langsung Live Streaming Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023

Siaran Langsung Live Streaming Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023

Kini sudah sampai ke pengakhiran apabila dua seteru bertemu kembali iaitu Pahang Rangers vs JDT di pusingan final Malaysia Futsal Cup 2023 yang bakal berlangsung pada 10 September 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Ini pastinya menjadi pertemuan epik bagi sukan futsal untuk tahun 2023 apabila kedua-dua pasukan Pahang Rangers dan Johor Darul Ta'zim bertemu sekali lagi di peringkat final selepas kejohanan MPFL yang berlangsung sebelum ini.

Pada pertemuan final tersebut yang diadakan secara timbal balik, Pahang Rangers berjaya mengenepikan JDT sekali gus merangkul gelaran juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 dengan kemenangan aggregat 9-6.

Adakah pertemuan kali kedua juga di peringkat akhir ini akan terus berpihak kepada Pahang Rangers atau kepada JDT yang kini mencari kejuaraan sulung dalam sukan futsal ini. Segalanya terjawab pada perlawanan malam ini.

Pahang Rangers bermula di pusingan suku akhir dalam kejohanan Malaysia Futsal Cup 2023 bertemu Selangor TOT United. Meskipun tewas pada perlawanan pertama, mereka bangkit dalam perlawanan kedua dengan menang secara aggregat 11-9.

Kemudian di pusingan separuh akhir, mereka bertemu pasukan jiran pantai timur iaitu Terengganu. Sepertinya mereka tidak berhadapan dengan masalah apabila menang kedua-dua perlawanan timbal balik dengan aggregat 14-3.

Manakala untuk JDT pula, mereka bermula dengan langkah kanan juga di pusingan suku akhir apabila menang 3-1 kepada KL City. Kemudian pada perlawanan kedua, perlawanan berkesesudahan dengan keputusan seri dengan jumlah aggregat berpihak kepada JDT dengan 6-4.

Di Pusingan separuh akhir, JDT juga tidak berhadapan dengan masalah yang besar. Menang kedua-dua perlawanan timbal balik ketika bertemu Selangor MAC. JDT mara ke final dengan aggregat 8-3 dan akan bertemu Pahang Rangers.

Pasukan yang tewas di pusingan separuh akhir pula akan meneruskan cabaran bagi merebut tempat ke-3 kejohanan. Jadi pada pertemuan tersebut kita bakal dapat saksikan pertembungan antara Selangor MAC vs Terengganu

Dapatkan Tiket Masuk

Di stadium yang sama, bakal diadakan dua perlawanan secara bergilir iaitu bermula dengan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada belah petang. Kemudian perlawanan akhir pada sebelah malam pula.

Jadi untuk penyokong untuk kesemua pasukan yang terlibat pada hari ini, anda boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.myticketempire.com. Harga yang ditetapkan RM20 untuk tiket terbuka dan RM30 untuk tiket grandstand.

Jadual Dan Siaran Langsung Final Malaysia Futsal Cup 2023 Pahang Rangers vs JDT

Bagi peminat sukan futsal yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go.

Tapi bagi anda yang tidak mempunyai akses astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan.

Jadi jangan lupa pertemuan pada hujung minggu ini dengan saksikan perlawanan final Malaysia Futsal Cup 2023 antara Pahang Rangers vs JDT pada 10 September ini, hari Ahad bertempat di Stadium Malawati, Shaha Alam.

10 September 2023 (Ahad)

- PENENTUAN TEMPAT KE-3/KE-4

FT : Terengganu (2) - (7) Selangor MAC

  1. Fariq Mohammad 6'
  2. Nontawata Rakpitawong 19'
  3. Faris Johan 33'
  4. Matheus Vasconcelos Silva 36'
  5. Syahir Iqbal Khan 36'
  6. Khairul Effendy Bahrin 37' 38'
  7. Takeshi Higuchi 37'
  8. Shafiq Afnan Azmi 39'

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Stadium Malawati
Tayangan TV : Astro Arena 801
Live Streaming : Link 1 | Link 2

- FINAL

AET : Pahang Rangers (4) - (4) JDT (Pen: 3-1)

  • Ekmal Shahrin 2', 23'
  • Ridzwan Bakri 17', 39'
  • Saad Sani 36' (GS)
  • Azwann Ismail 36'
  • Sergio Jamur 42'
  • Awaluddin 43'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Malawati
Tayangan TV : Astro Arena 801
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Senarai Pemenang Malaysia Futsal Cup 2023

Juara -  Pahang Rangers
Naib Juara - JDT
Tempat Ke-3 - Selangor MAC
Tempat Ke-4 - Terengganu

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Pahang Rangers vs JDT Final Malaysia Futsal Cup 2023"