Senarai Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)

Senarai Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)

Program realiti nyanyian popular iaitu Gegar Vaganza (GV) kini kembali menemui penonton untuk musim terbaru, musim ke-10 dimana akan bermula pada 24 September 2023 dengan lebih meriah kali ini. Sebab apa agaknya?

Ini kerana Gegar Vaganza 10 (GV10) kali ini juga digelar All Stars Gegar Vaganza apabila buat kali pertama, barisan peserta yang bertanding adalah terdiri daripada bekas juara untuk sembilan musim sebelum ini.

Kebiasaanya pada musim-musim lalu, barisan peserta atau bintang yang menyertai GV merupakan penyanyi lama yang berani menyahut cabaran bertanding di hadapan juri profesional bagi merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai.

Tetapi kali ini, sedikit kelainan apabila menampilkan bekas juara daripada Gegar Vaganza musim pertama hingga kesembilan dimana mereka semua akan berentap sekali lagi bagi merebut gelaran juara untuk All Stars Gegar Vaganza pada tahun ini.

Akan tetapi konsep yang digunakan masih kekal sama seperti musim-musim sebelumnya. Kesemua peserta akan diadili seratus peratus daripada juri tetap dan kali ini masih mengekalkan Dato' Ramli MS, Datuk Syafinaz dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Manakala peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan tersingkir pada akhir konsert selepas tugasan diberikan dan diumumkan oleh pengacara program. Adakah bekas juara ini mampu untuk berhadapan dengan proses penyingkiran kali ini?

Bukan itu sahaja, pengacara atau hos utama bagi Gegar Vaganza 10 All Stars ini juga menampilkan kelainan apabila ada tiga kesemuanya iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein atau terkenal dengan panggilan Kak Lina Pong Pong beserta kembalinya Jihan Muse untuk musim kali ini.

Siaran Langsung All Stars Gegar Vaganza 2023

Jadi jika anda ingin ketahui, jangan lupa saksikan All Star Gegar Vaganza atau GV10 akan disiarkan selama 12 minggu setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam bermula 24 September 2023 disiarkan di saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, Gegar Vaganza untuk edisi istimewa ini juga, turut akan disiarkan secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Entertainmen dengan harga RM15.90 sebulan tanpa kontrak.

Senarai Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)

Barisan peserta kali ini adalah terdiri daripada 10 bekas juara Gegar Vaganza daripada musim pertama hingga kesembilan bersama lima tambah satu peserta yang terpilih dari calon 'hot sea't dimana mereka terdiri daripada pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat.

Peserta GV10

  1. Ayai Ilusi - Juara GV1
  2. Siti Nordiana - Juara GV2
  3. Azharina Azhar - Juara GV3
  4. Datuk Aishah - Juara GV4
  5. Noryn Aziz - Juara GV5
  6. Naqiu Boboy - Juara GV6
  7. Hadi Mirza - Juara GV6
  8. Cliff Umar - Juara GV7
  9. Aliff Aziz - Juara GV8
  10. Jaclyn Victor - Juara GV9

Peserta Hot Seat

  1. Tomok
  2. Zamani
  3. Suki Low
  4. Nikki Palikat
  5. Ezad Lazim
  6. Liza Hanim

Kini kita bakal dapat saksikan buat julung kali, pertandingan nyanyian antara juara. Bintang manakah yang akan muncul juara bagi All Stars Gegar Vaganza 2023 kali ini?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Peserta All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)"