Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia 2022 Hangzhou Kedudukan Carta Terkini

Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou

Bagi yang anda ingin ketahui senarai kutipan pingat bagi kontinjen Malaysia sepanjang Sukan Asia Hangzhou 2022 berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober 2023, anda boleh tengok senarai kami sediakan disini.

Untuk edisi ke-19 temasya Sukan Asia 2022 yang diadakan di Hangzhou China kali ini, sebanyak 40 jenis sukan dengan lebih 480 acara yang dipertandingkan dengan melibatkan 45 negara Asia yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Daripada keseluruhan acara sukan yang dipertandingkan, Malaysia yang terdiri daripada 292 atlet menyertai 29 acara merangkumi 23 jenis sukan. Setiap daripadanya, pasti ingin membawa pulang pingat untuk negara.

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh sebelum ini, tiada spesifik pingat yang disasarkan, sebaliknya mensasarkan 27 pingat tanpa mengira warna iaitu menerusi sukan terjun, badminton, e-sport, olahraga, sepak takraw dan beberapa lagi.

Jadi jika anda ingin ketahui berapa kutipan pingat semasa yang diperoleh hasil daripada aksi atlet-atlet Malaysia di Asian Games Hangzhou 2023 kali ini, anda boleh dapatkan info penuh senarai atlet dan pingat yang dimenanginya disini.

Senarai Penuh Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia 2022-2023 Hangzhou

🥇 (6) Emas
🥈 (8) Perak
🥉 (18) Gangsa

Sasaran : 32/27 pingat

Kedudukan : Tempat Ke-14

Berikut merupakan senarai atlet Malaysia bagi setiap pingat yang dimenanginya sama ada emas, perak dan gangsa sepanjang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022-2023 berlangsung

[Pingat Emas 🥇]

  1. Nur Shazrin Mohamad Latif (Pelayaran - Women's Single Dinghy - ILCA6)
  2. Mohd Qabil Ambak (Equestrian - Dressage Individual)
  3. Skuasy - Berpasukan Wanita
  4. Sivasangari Subramaniam (Skuasy - Perseorangan Wanita)
  5. Ng Eain Yow (Skuasy - Perseorangan Lelaki)
  6. Arif Afifud. Ab Balik (Karate - Kumite 84Kg Lelaki)

[Pingat Perak 🥈]

  1. Tan Cheong Min (Wushu - Women's Nanquan & Nandao All-Round)
  2. E-Sports - Arena Of Valor
  3. Sepak Takraw (Regu Berpasukan Lelaki)
  4. Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri (Terjun - 3m Papan Anjal Seirama Wanita)
  5. Aifa Azman & Syafiq Kamal (Skuasy - Beregu Campuran)
  6. Anne Robberth Lovelly (Karate - Kata Individu Wanita)
  7. Karate - Kata Berpasukan Wanita
  8. Sepak Takraw - Regu Lelaki

[Pingat Gangsa 🥉]

  1. Muhammad Asnawi Iqbal Adam (Pelayaran - Boy's Dinghy - ILCA4)
  2. Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen (Pelayaran - Women's Windsurfing RSX)
  3. Berbasikal Trek - Men's Team Sprint
  4. Berbasikal Trek - Women's Team Sprint
  5. Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek - Men's Sprint)
  6. Sharul Aimy (Artistic Gymnastic - Men's Vault)
  7. Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal Trek - Keirin Lelaki)
  8. Squasy - Lelaki Berpasukan
  9. Pandalela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri (Terjun - 10 Meter Platform Seirama Wanita)
  10. Shereen Vallabouy (Olahraga - 400m Wanita)
  11. Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang (Terjun - 3m Papan Anjal Seirama Lelaki)
  12. Azeem Fahmi (Olahraga - 100m Lelaki)
  13. Enrique Maccartney dan Bertrand Rhodict (Terjun - 10m Platform Seirama Lelaki)
  14. E-Sports - Dota 2
  15. Pandalela Rinong (Terjun - 10m Platform Wanita)
  16. Olahraga - 4x100m Wanita
  17. Memanah - Compound Berpasukan Lelaki
  18. Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Badminton - Beregu Lelaki)

*Senarai pemenang pingat akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia 2022 Hangzhou Kedudukan Carta Terkini"