Review Drama From Saga With Love Yang Ditayangkan Di Viu

Review Drama From Saga With Love di Viu

Bermula 21 September 2023, Viu telah bawakan sebuah drama siri original terbaru berjudul From Saga With Love untuk tontonan ramai menerusi platform penstriman tersebut yang disiarkan setiap hari Khamis.

Sekali lagi, Viu Malaysia bawakan sebuah kandungan tempatan original untuk penonton yang mana kita sudah dapat lihat banyak drama siri yang best dibawakan pada sebelum-sebelum ini seperti Nenek Bongkok Tiga, Hilang, Seribu Nina dan sebagainya.

From Saga With Love merupakan drama 10 episod yang diterbitkan oleh Red Communication Sdn. Bhd., diarahkan oleh Umir Sulwana Omar dengan nukilan skrip bersama Rafidah Abdullah, Shamaine Othman, Hadi. Nor, Suzanne Ong dan Azhar Amirulhisyam.

Barisan Pelakon

Drama dibarisi barisan pelakon popular yang sedang meningkat naik seperti Siri Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry.

Mereka dibantu oleh pelakon lain juga seperti Vanidah Imran, Fatimah Abu Bakar, Zulin Aziz, Sharifah Amani, Zoey Rahman, Tiara Anchant, Fahmy Reza, Farid Azmier dan ramai lagi.

Sinopsis Drama From Saga With Love

Drama From Saga With Love mengisahkan tentang Karma (Siti Khadijah) iaitu seorang influencer baru nak-up yang berbohong untuk bekerja sebagai translator kepada pelakon dan influencer popular, Bianca Rozario (Sophia Albarakbah) semasa berada di Saga, Jepun.

Karma berusaha sedaya upaya agar penipuannya tidak terbongkar, memandangkan dia juga pada masa yang sama menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy (Vanidah Imran), yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca.

Dengan kehadiran juruvideo, Bob (Fimie Don) dan seorang jejaka pendiam, Sham (Ikmal Amry), apa yang terjadi adalah pelbagai masalah, penyelesaian dan komplikasi romantik yang berterusan.

Review Drama From Saga With Love di Viu

Review Drama From Saga With Love

Ini merupakan sebuah drama siri dengan genre Romantik Komedi (Rom-Com) dan pastinya anda boleh jangka jalan ceritanya akan ada elemen percintaan disamping lawak dan aksi komedi yang akan disajikan sepanjang penceritaan.

Tarikan awal kenapa aku nak tengok drama ini adalah menerusi trailer yang disajikan Viu beberapa hari sebelum tayangan. Selain daripada jalan cerita, ternyata mereka betul-betul berlakon di Saga, Jepun dan itu antara sebab awal aku nak tengok cerita ni. Boleh tengok suasana Jepun.

Tapi selepas aku tengok episod 1 sahaja, nampaknya aku nak tengok From Saga With Love ni bukan sebab Jepun sahaja, tetapi sebab jalan cerita dan bawaan watak yang disampaikan oleh setiap pelakon yang muncul terutamanya watak utama, Karma.

Pelakon Dan Watak Yang Menarik

Aku dah tengok beberapa lakonan daripada Siti Khadijah Halim ni, tapi rasanya aku tak pernah lagi tengok dia bawa watak gila-gila bersama elemen kelakar. Inilah kali pertama aku tengok dan ianya menjadi. Setakat 1-2 episod ni, dia memang kecoh dan kelakar la.

Sophia Albarakbah masih dengan watak wanita cantik dan bersahaja. Maintain macam tu je la, tapi pastinya episod-episod akan datang ni, banyak perkara lucu yang akan berlaku pada watak Bianca tersebut disamping babak-babak percintaan. Memang makanan Sophia la.

Review Drama From Saga With Love di Viu

Ikmal Amry pernah tengok dia dalam cerita-cerita sebelum ni nampak macam kaku. Tapi dalam drama ni, nampak dia selesa. Dah tak keras atau mungkin dia minat pegang watak berbahasa Jepun. Dia pun boleh cakap Jepun dalam drama ni. Nice juga.

Fimie Don macam biasa lah. Takda nampak kelainan pun. Hanya sekadar watak yang mendampingi Bianca. Tapi bertuah la juga, dia jadi antara yang paling rapat dengan Sophia dalam drama ni. Untunglah.

Jalan Cerita Simple Tapi Lucu

Setakat review ini dikeluarkan, hanya 2 episod sahaja telah ditayangkan dan ianya akan on-going selama 5 minggu dimana, setiap minggu akan ditayangkan sebanyak 2 episod iaitu setiap hari Khamis, jam 12.00 tengah hari.

Setakat ini jugalah, aku sangat suka jalan cerita yang dipaparkan. Siri original Viu setakat ni sangat jarang mengecewakan. Kalau dah tertengok episod awal, mesti anda akan tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya termasuklah aku untuk drama ni.

Elemen komedi yang disampaikan terutamanya daripada Karma setakat ini sangat on-point dan bersahaja. Boleh ketawa juga lah tengok drama ni. Tapi rasanya elemen percintaan tu, lebih akan ditonjolkan selari dengan judul drama la 'From Saga With Love'.

Review Drama From Saga With Love di Viu

Siti Khadijah bawa watak dengan baik. Kalau tengok, dia ni macam Janna Nick masa muda-muda dulu. Gila-gila tapi tak keterlaluan disamping menceriakan suasana. Walaupun tahu dia sebenarnya tak pandai cakap Jepun, tapi dia langgar je.

Kesimpulan

Bagi aku drama FROM SAGA WITH LOVE ni anda kena tengok. Cerita santai je. Plot atau jalan cerita simple dan tak perlu fikir-fikir pun. Tengok dan hayati setiap lontaran dialog. Kadang ada buat anda boleh ketawa.

Setakat 2 episod ditayangkan aku puas hati. Cuma durasi setiap episod tu pendek sangat la. Lebih kurang 30 minit je setiap episod, mana cukup. Lepas tu, nak tunggu minggu depan pula untuk episod baru. Adehh.

Drama siri From Saga With Love sudah ditayangkan di Viu sejak 21 September 2023. Jadi anda boleh mula strim sekarang dan tunggu setiap hari Khamis untuk episod baru. Jangan risau, anda boleh strim secara percuma tetapi ada iklan la. Kalau taknak gangguan, boleh langgan VIP.


Rating From Saga With Love : 8/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Drama From Saga With Love Yang Ditayangkan Di Viu"