Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Hougang United AFC Cup 2023-2024

Siaran Langsung Sabah vs Hougang United AFC Cup 2023

Kini tiba giliran satu lagu pasukan daripada Malaysia akan beraksi untuk saingan AFC Cup 2023-2024 iaitu pertemuan antara Sabah FC vs Hougang United FC pada 21 September 2023, bersamaan hari Khamis bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Jika semalam kita sudah lihat kemenangan pertama daripada wakil negara, Terengganu dalam aksi pembukaan kumpulan G dan hari ini kita bakal saksikan satu lagi wakil Malaysia iaitu Sabah juga dalam aksi pembukaan dan kali ini untuk kumpulan H pula.

Selain daripada aksi ini, satu lagi perlawanan yang melibatkan dalam kumpulan yang sama iaitu antara Hai Phong dan PSM Makassar yang juga akan berlangsung pada hari dan waktu yang sama dengan permainan diadakan di Vietnam.

Ini merupakan penampilan pertama Sabah FC di peringkat Asia. Mereka berjaya mendapatkan slot tersebut apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga dalam saingan Liga Super Malaysia untuk musim 2022.

Manakala pihak lawanya, Hougang United yang merupakan kelab bola sepak berpengkalan di Singapura. Mereka bermain di liga utama iaitu Singapore Premier League. Hougang United berjaya ke AFC Cup atas tiket juara Singapore Cup 2022.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini juga merupakan kali pertama. Sebelum ini, mereka tidak pernah bertembung baik dalam aksi kompetitif mahupun dalam mana-mana aksi persahabatan. Ini pastinya menarik untuk disaksikan.

Jika dilihat dalam prestasi semasa, Sabah kini berada di kedudukan keempat dalam saingan liga berbanding Hougang United di tempat keenam. Sepertinya Sabah mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan kedudukan liga masing-masing.

Tetapi kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing. Pastinya jika bermain di tahap tertinggi ini, setiap pasukan akan memberikan yang terbaik berbanding bermain dalam liga tempatan. Mereka pasti ingin tunjukkan mereka juga mampu untuk bersaing di luar negara.

Walaupunbegitu, ini sedikit sebanyak merupakan kelebihan untuk Sabah. Perlawanan pembukaan akan bermain di Kota Kinabalu dan dihadapan penyokong sendiri. Pemain pastinya akan lebih semangat apabila adanya penyokong mereka yang lebih dekat.

Jadi penyokong Sabah terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Boleh dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Sabah Menentang Hougang United

Berikut merupakan senarai penuh pemain dan keselebelasan utama bagi pasukan Sabah menentang Hougang United dalam perlawanan ini.

Jadual Dan Siaran Langsung AFC Cup 2023 Sabah vs Hougang United

Jika anda antara anda yang tidak berpeluang untuk datang ke stadium pada malam tersebut, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai tv dengan akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Sukan dengan harga RM34.90 sebulan untuk menyaksikan perlawanan ini.

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan H bagi AFC Cup 2023-2024 antara Sabah FC vs Hougang United FC pada 21 September ini, hari Khamis, jam 8.00 malam bertempat di Stadium Likas atau live di Astro.

21 September 2023 (Khamis)

FT : Sabah (3) - (1) Hougang United

  • Gabriel Peres 5'
  • Darren Lok 38', 63'
  • Kazuma Takayama 61'

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Hougang United AFC Cup 2023-2024"