Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan FIFA 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan FIFA 2923

Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba iaitu pertemuan Malaysia vs Syria bagi aksi Perlawanan Persahabatan Tier 1 dimana ianya akan berlangsung pada 6 September 2023, hari Rabu bertempat di Stadium East-Town Football Park, Chengdu China.

Mengikut kalendar FIFA, bermula 4 hingga 12 September 2023 akan berlangsung perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan bagi setiap negara di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya 2 perlawanan. Jadi aksi liga akan dihentikan seketika termasuk Liga Super.

Untuk internationl friendly match kali ini sedikit berbeza jika dibandingkan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. Biasanya, Malaysia akan menjadi tuan rumah, tetapi kali ini Malaysia akan berkunjung ke China bagi menghadapi 2 perlawanan.

Seperti yang dijadualkan dan diumumkan oleh FAM, Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan kelas A iaitu bertemu Syria pada 6 September dan kemudian akan bersemuka dengan tuan rumah, China pada 9 September depan.

Peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Harimau Malaya, pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan aksi pemain-pemain dibawah kendalian ketua jurulatih Kim Pan Gong bagi menentang pasukan yang rangkingnya lebih tinggi daripada pasukan negara.

Syria kini menduduki tangga ke-94 dalam rangking dunia FIFA, berbanding Malaysia berada di kedudukan ke-136. Jika dilihat kedudukan ini, atas kertas pastinya perlawanan akan memihak kepada Syria. Tetapi inilah cabaran besar yang perlu diharungi oleh skuad Harimau Malaya.

Ini juga bakal menjadi penyediaan yang baik untuk pasukan bagi menghadapi cabaran sebenar dalam Piala Asia yang akan berlangsung pada awal Januari 2024 depan. Ianya merupakan peringkat tertinggi bagi saingan benua Asia untuk pasukan bola sepak.

Walaubagaimanapun, sebenarnya Malaysia pernah menewaskan Syria iaitu pada pertemuan pertama tahun 2009 yang lalu juga dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Kemudian dua pertemuan terakhir iaitu pada 2014 dan 2017, masing-masing Malaysia tewas dengan jaringan 0-3 dan 1-2.

Jika sebelum ini, pemain-pemain negara dapat tonik tambahan apabila stadium dipenuhi oleh penyokong-penyokong setia. Tetapi kali ini, bermain di tempat yang jauh pastinya kurang sokongan yang diperoleh. Adakah pemain-pemain mampu untuk berikan lebih pada perlawanan tersebut?

Penyokong mampu untuk menjadi pemain ke-12. Ianya sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah, ditambah pula jika ramai yang datang untuk penuhkan stadium bagi memberikan sokongan.

Jadual Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA 2023 Malaysia vs Syria

Meskipun Malaysia bermain di China, sebuah tempat yang jauh, peminat-peminat di tanah air mampu untuk memberikan sokongan dari jauh iaitu dengan memberikan kata-kata semangat di media sosial terutamanya atau saksikan perlawanan di kaca tv.

Perlawanan ini akan dibawa secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Selain itu, bagi yang tiada astro, anda boleh layan menerusi platform web atau aplikasi Sooka.

Tapi jangan risau, untuk anda yang ingin menonton secara percuma, kerana TV9 turut akan bawakan perlawanan ini ke kaca tv anda. Bagi yang tiada tv, anda boleh tonton secara live streaming di laman watch.tonton.com.my atau aplikas Tonton secara percuma.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA 2023 antara Malaysia dan Syria pada 6 September 2023, hari Rabu bertempat di Stadium East-Town Football Park, Chengdu China.

6 September 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (2) - (2) Syria

  • Mardik Mardikian 12'
  • Yassin Samia 41'
  • Akhyar Rashid 51'
  • Darren Lok 85'

Waktu : 5.00 Petang
Tempat : Chengdu, China
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Syria Perlawanan Persahabatan FIFA 2023"