Telefilem Remuk Di TV3

Telefilem Remuk Di TV3

Saksikan telefilem Remuk yang akan menemui penonton semula pada 23 September 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Picture Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dengan nukilan skrip daripada K. Adlie.

Sinopsis Telefilem Remuk

Telefilem Remuk menampilkan barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Juda, Wan Sharmila, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Esma Danial, Anne Abdullah, Riz Azman, Qistina, Meor Mohd Afif dan ramai lagi.

  • Saharul Ridzwan sebagai Zakuan
  • Shukri Yahaya sebagai Zamri
  • Nabila Huda sebagai Aishah
  • Qistina Raisah sebagai Nurul
  • Riz Amin sebagai Hussin
  • Wan Sharmila sebagai Lia

Ianya mengisahkan tentang Zakuan iaitu seorang Warden Penjara yang memikirkan tentang gilirannya untuk menyambut raya dengan keluarga. Ditambah lagi isteri dan anak-anaknya mengharapkan tahun ini mereka dapat pulang ke kampung beraya dengan sanak saudara.

Satu lagi kisah Zamri, yang dipenjarakan atas kesalahan membunuh tanpa niat ketika ingin menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak. Zamri dipenjara di tempat Zakuan bekerja.

Bermula konflik antara mereka berdua apabila giliran Zakuan untuk mendapat cuti raya tahun ini terpaksa dibatalkan kerana dia perlu bertugas kerana kakitangan yang bertugas berkurangan dan ada yang perlu membuat operasi di blok penjara lain.

Remuk hati isteri Zakuan kerana Zakuan lebih mementingkan tugas daripada isterinya. Berlaku pertelingkahan antara mereka.

Manakala Zamri pula, tertekan di penjara kerana memikirkan keselamatan isteri dan anak-anak di rumah untuk menguruskan persiapan raya buat kali pertama tanpa dia. Dia mengalami kemurungan yang teruk sehingga terpaksa di tahan di hospital dengan kawalan Zakuan.

Telefilem Remuk Di TV3

Telefilem Remuk Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Remuk Di TV3"