Telefilem Rumah Buat Ibuku Di TV9

Telefilem Rumah Buat Ibuku Di TV9

Saksikan telefilem Rumah Buat Ibuku yang akan menemui penonton semula pada 4 September 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Ejuna Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Didi Wahida Rosdi.

Telefilem Rumah Buat Ibuku

Telefilem Rumah Buat Ibuku menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Normah Damanhuri, Elfaeza Ul Haq, Ku Faridah, Afzan A. Rahman, Agurl, Zazli Baginda, Mohd Fouzan dan ramai lagi.

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Karim
  • Normah Damanhuri sebagai Mak Senah
  • Elfaezah Ul Haq sebagai Nadia
  • Afzan A. Rahman sebagai Saiful
  • Agurl sebagai Qaseh
  • Zazli Baginda sebagai Zaki
  • Ku Faridah sebagai Ibu Nadia

Ianya mengisahkan tentang Karim, seorang banduan yang telah dibebaskan setelah meringkuk di penjara selama enam tahun.

Karim terkejut melihat rumah ibunya terbakar apabila dia pulang. Namun, Karim lega apabila mengetahui orang kampung telah menghantar Mak Senah ke rumah tumpangan orang tua kerana tiada waris yang menjaganya.

Karim lalu berjanji untuk mendirikan rumah baharu untuk ibunya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Rumah Buat Ibuku Di TV9"