Telefilem Wan Embong Di TV9

Telefilem Wan Embong Di TV9

Saksikan telefilem Wan Embong yang akan menemui penonton semula pada 18 September 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 di tv3 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Syed Muhamad Taufik.

Sinopsis Telefilem Wan Embong

Telefilem Wan Embong menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imrah, Johan Asaari, Dato Rahim Razali, Khairul Anuar, Khairul Azmi, Fendi Seman dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Omar
  • Neelofa sebagai Wan Embong
  • Vanida Imran sebagai Seri
  • Izreen Azminda sebagai Chempaka
  • Johan Asaari sebagai Ali
  • Dato Rahim Razali sebagai Wan Manap

Tonton Wan Embong Online : Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Omar iaitu ketua Kampung Tuan Tunggal yang memiliki dua orang isteri yakni Seri dan Chempaka. Kedua-dua mereka begitu taat dengan Omar.

Kisah bermula apabila Omar mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap. Kedaifan Wan Manap ternyata mengharukan hati Omar.

Omar memahami Wan Manap yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Dan disitu jugalah Omar bekenalan dengan anak dara Wan Manap iaitu Wan Embong.

Wan Embong seorang gadis bertudung lepasan sekolah dan belum berkahwin. Omar terus menyatakan hasrat untuk mengahwini Wan Embong dan Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan.

Wan Embong menolak permintaan Omar. Namun kerana kasihan bapanya, Wan Embong harus menerima takdir yang dia terpaksa menjadi isteri kepada Omar.

Namun Wan Embong meletakkan syarat yang Omar tidak boleh menyentuh dirinya. Dibawa pulang ke rumah, disinilah Wan Embong terpaksa berhadapan pula dengan isteri-isteri Omar yakni Seri dan Chempaka.

Seri isteri pertama yang memang tidak suka Chempaka dan Embong kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya.

Berlainan dengan Chempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong. Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan Ali oleh Chempaka

Ali sudah lama mencintai Embong. Chempaka akhirnya mengatur langkah untuk menyatukan Ali dan Embong tanpa diketahui, Chempaka memiliki niatnya yang tersendiri.

Apakah niat sebenar Chempaka? Apakah Omar tidak akan mengetahui hubungan cinta sulit Ali dan Wan Embong? Apakah Seri akan berdiam diri?

Telefilem Wan Embong Di TV9

Telefilem Wan Embong Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Wan Embong Di TV9"