Terengganu Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan

Terengganu AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan

Saingan AFC Cup 2023-2024 yang melibatkan pasukan Terengganu akan bermula secara rasmi dari 18 September 2023 hingga 5 Mei 2024. Ianya merupakan sebuah kejohanan tahap kedua anjuran AFC selepas AFC Champions League.

Sebenarnya pada musim kali ini, selaian Terengganu, Sabah FC juga layak untuk bermain di kejohanan peringkat Asia ini selepas muncul tempat ketiga dalam saingan liga. Manakala Terengganu pula layak sebagai naib juara Liga Super Malaysia 2022.

Jadi untuk musim 2022-2023, Malaysia mempunyai 3 wakil yang bermain di peringkat Asia iaitu JDT di AFC Champions League, manakala Terengganu dan Sabah bermain di AFC Cup. Cabaran yang akan digunakan sebaiknya dengan bermain di peringkat tertinggi.

Sebanyak 42 pasukan dari seluruh Asia termasuk Terengganu FC yang layak dan mengambil bahagian dalam AFC Cup 2023-2024 dan mereka telah diundi dalam 11 kumpulan terdiri daripada 3-4 pasukan setiap daripadanya.

Terengganu FC telah diundi dalam Kumpulan G bersama wakil Indonesia, Bali United, wakil Filipina, Stallion Laguna dan sebuah kelab dari Australia iaitu Central Coast mariners. Juara kumpulan akan mara ke Zonal semi-finals.

Ini merupakan penglibatan kali kedua dalam masa 11 tahun untuk pasukan Terengganu bermain di peringkat Asia. Kali terakhir mereka layak bermain di AFC Cup adalah pada tahun 2012 dimana ketika itu mereka berjaya mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

AFC Cup 2023-2024

AFC Cup 2023-2024 kali ini merupakan edisi ke-19 dimana ianya akan berlangsung dari 18 September 2023 untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga final yang dijadualkan akan diadakan pada 5 Mei 2024.

Al-Seeb sebuah kelab bola sepak daripada Oman merupakan penyandang juara untuk edisi 2022 selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur City di final dengan jaringan 3 gol tanpa balas yang mana ketika itu dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada musim lalu juga, kita telah menyaksikan dua wakil negara yang bermain di AFC Cup iaitu KL City dan Kedah Darul Aman. Kedah terpaksa akur, selepas hanya berjaya mara sehingga ke Zonal semi-finals untuk ASEAN Zone sahaja.

Kini dua lagu pasukan; Terengganu dan Sabah pula yang akan menyambung perjuangan tersebut bagi merebut kejuaraan dan piala AFC Cup yang mana pernah dimenangi oleh JDT pada edisi 2015 yang juga kali pertama dimenangi oleh pasukan daripada Malaysia.

Siaran Langsung Perlawanan AFC Cup 2023-2024

Jika Liga Juara-Juara Asia (ACL) ada ditayangkan di Astro, Piala AFC untuk tahun ini juga akan ditayangkan di Astro terutamanya melibatkan pasukan-pasukan daripada Malaysia. Jadi anda boleh saksikannya di tv.

Kejohanan AFC Cup untuk musim 2023-2024 yang melibatkan pasukan Terengganu dan Sabah terutamanya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 serta saluran-saluran Astro Supersport untuk perlawanan melibatkan pasukan-pasukan lain.

Selain itu juga, anda boleh tonton secara live streaming sama ada di Astro Go, percuma untuk pelanggan Astro atau langgan secara berasingan dengan aplikasi Sooka. Harga bermula RM34.90 sebulan untuk pek sukan.

Jadual Dan Keputusan AFC Cup 2023 Melibatkan Pasukan Terengganu

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya pasukan Terengganu FC, jangan lupa untuk saksikan perlawanan bola sepak bagi kejohanan AFC Cup 2023 untuk musim 2023-2024.

PERINGKAT KUMPULAN

20 September 2023 (Rabu)
FT : Stallion Laguna (2) - (5) Bali United - 4.00 pm
FT : Terengganu (1) - (0) Central Coast Marines - 8.00 pm | CH803

4 Oktober 2023 (Rabu)
FT : Central Coast Marines (9) - (1) Stallion Laguna - 4.00 pm
FT : Bali United (1) - (1) Terengganu - 8.00 pm

26 Oktober 2023 (Khamis)
FT : Central Coast Marines (6) - (3) Bali United - 4.00 pm
FT : Terengganu (2) - (2) Stallion Laguna - 8.00 pm

8 November 2023 (Rabu)
FT : Stallion Laguna (2) - (3) Terengganu - 4.00 pm
FT : Bali United (1) - (2) Central Coast Marines - 8.00 pm

29 November 2023 (Rabu)
FT : Central Coast Marines (1) - (1) Terengganu - 4.00 pm
FT : Bali United (5) - (2) Stallion Laguna - 8.00 pm

13 Disember 2023 (Rabu)
Stallion Laguna vs Central Coast Marines - 4.00 pm
Terengganu vs Bali United - 8.00 pm

Jadual Terengganu di AFC Cup 2023-2024

Carta Kedudukan Peringkat Kumpulan G AFC Cup 2023-2024

Kumpulan G P Menang Seri Kalah GD Mata
Central Coast
Mariners
5 3 1 1 11 10
Terengganu 5 2 3 0 2 9
Bali United 5 2 1 2 2 7
Stallion Laguna 5 0 1 4 -15 1

*kedudukan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

*hanya juara kumpulan yang akan berjaya mara ke peringkat seterusnya


Related : terengganu vs Bali united, siaran langsung terengganu vs bali united, perlawanan terengganu minggu ini, live streaming terengganu lawan bali united, cara tonton terengganu secara online, terengganu afc cup 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Terengganu Di AFC Cup 2023 : Jadual, Keputusan Dan Carta Kedudukan"