Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Central Coast Mariners AFC Cup 2023

Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Central Coast Mariner AFC Cup 2023

Kini giliran pasukan-pasukan AFC Cup 2023-2024 pula beraksi dan antaranya pertemuan Terengganu FC vs Central Coast Mariners FC dimana ianya akan berlangsung pada 20 September 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini merupakan perlawanan pembukaan untuk pasukan Terengganu dan pasukan-pasukan yang diundi dalam Kumpulan G ini Bali United FC, Stallion Laguna FC dan pihak lawan pada hari ini, Central Coast Mariners FC.

Kejohanan AFC Cup pada tahun ini sama seperti pada musim-musim sebelumnya dimana ianya akan bermula pada peringkat kumpulan yang terdiri daripada 11 kumpulan semuanya dengan melibatkan 42 pasukan dari rantau Asia.

Pasukan-pasukan ini diundi dalam kumpulan mengikut kawasan bagi setiap pasukan. Sebagai contoh, Terengganu berada dalam kumpulan dikawasan Asia Tenggara: Bali United dari Indonesia, Stallion Laguna dari Filipina dan CCM dari Australia.

Terengganu layak ke Piala AFC pada tahun ini sebagai naib juara Liga Super Malaysia pada musim 2022. Manakala Central Coast Mariners juga merupakan naib juara Liga Australia, A-League untuk musim 2022-2023.

Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu. Ini merupakan kali pertama mereka bertemu di peringkat Asia. Tetapi jika dilihat prestasi semasa untuk kedua-dua pasukan, ianya menunjukkan keseimbangan dalam lima perlawanan terakhir.

Tetapi pastinya kelebihan ada untuk pasukan Terengganu apabila perlawanan ini akan bermain di halaman sendiri. Di tempat sendiri dan bermain di hadapan penyokong sendiri, pastinya akan memberikan lebih keyakinan kepada pemain-pemain.

Penyokong-penyokong Terengganu pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan pasukan mereka bermain di peringkat Asia dimana kali terakhir pada tahun 2021 yang lalu terpaksa di batalkan berikuta pandemik yang berlaku di seluruh dunia.

Kali ini, mereka berpeluang sekali lagi untuk membuktikan, mereka juga mampu untuk bersaing di peringat yang lebih tinggi dan bukan sekadar jaguh kampung dan hebat di liga sendiri sahaja. Liga antarabangsa juga, mereka mampu.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan ini terutamanya bagi penyokong Terengganu. Anda kini boleh tiket yang dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung AFC Cup 2023 Terengganu vs Central Coast Mariners

Untuk yang tidak berkesempatan hadir atau datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawaka ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan untuk menyaksikan Piala AFC dan Liga Juara-Juara Asia serta Liga Malaysia 2023.

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan pertama peringkat kumpulan AFC Cup 2023-2023 antara Terengganu vs Central Coast Mariners pada 20 September ini, hari Rabu, jam 8.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau live di Astro.

20 September 2023 (Rabu)

FT : Terengganu (1) - (0) Central Coast Mariners

  • Nathan Paull (OG) 45'+1

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Central Coast Mariners AFC Cup 2023"