Siaran Langsung Live Futsal Terengganu vs Pahang Rangers Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023

Siaran Langsung Live Futsal Terengganu vs Pahang Rangers Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023

Persaingan hampir sampai ke final apabila akan berlangsung perlawanan kedua bagi pusingan separuh akhir Malaysia Futsal Cup 2023 dimana mempertemukan Terengganu vs Pahang Rangers pada 2 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Dalam masa yang sama juga, akan berlangsung satu lagi perlawanan juga bagi pusingan separuh akhir iaitu antara JDT dan Selangor MAC yang mana akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Untuk saingan Malaysia Futsal Cup ianya bermula daripada pusingan suku akhir dimana 8 pasukan terbaik dalam saingan liga MPFL sebelum ini telah mengambil bahagian. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan dan dua pasukan lagi datang daripada perlawanan play-off.

Pada perlawanan pertama sebelum ini, nampaknya Pahang Rangers yang juga juara MPLF 2023 tidak berhadapan masalah apabila membelasah Terengganu dengan jaringan tujuh gol tanpa balas. Ini pastinya bekalan yang sangat selesa untuk dibawah ke perlawanan kedua.

Oleh itu, dalam perlawanan timbal balik kali ini, jika Terengganu ingin melayakkan diri ke final, mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya lapan gol tanpa dibolosi sepanjang perlawanan berlangsung. Adakah mereka mampu?

Sebelum Terengganu bermain baik di pusingan suku akhir ketika bertemu Pulau Pinang. Dalam perlawanan pertama, mereka menang 5-2. Kemudian dalam aksi timbal balik kedua, mereka sekali lagi mencatatkan kemenangan 3-2 dan menang dengan agregat 8-4.

Pahang Rangers juga tidak mahu tersingkit awal dalam saingan ini meskipun berhadapan dengan sebuah pasukan yang hebat. Dalam perlawanan pertama mereka tewas 4-5 kepada Selangor TOT United. Tetapi mereka comeback dalam perlawanan kedua apabila menang 7-4 dengan agregat keseluruhan 11-9.

Ini juga boleh dianggap sebagai derby pantai timur antara Terengganu dan Pahang Rangers. Pada tahun 2023, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dalam saingan liga MPFL. Walaupun begitu, kedua-dua pertemuan tersebut turut dimenangi oleh Pahang Rangers dengan jaringan 6-0 dan kemudiannya 5-2.

Dengan ketinggalan sehingga 7 gol ini, adakah Terengganu mampu untuk mengejar? Jika dilihat prestasi semasa juga, agak sukar untuk mereka melakukan sesuatu. Jika ada kelebihan pun, mungkin bermain di tempat sendiri sahaja.

Jadi penyokong pasukan futsal Terengganu perlu juga memainkan peranan dalam perlawanan ini. Datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sorakan dan sokonga kepada pasukan anda untuk meriah kemenangan sekali gus layak ke final bertemu antara JDT atau Selangor MAC nanti.

Oleh itu, dapatkan tiket masuk stadium yang akan mula dijual pada hari perlawanan sekitar jam 7.00 petang di perkarangan stadium. Tiada jualan online. Harga tiket RM10 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Terengganu vs Pahang Rangers Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023

Untuk perlawanan Malaysia Futsal Cup 2023 bagi pusingan separuh akhir, tiada tayangan secara langsung di kaca tv sama ada menerusi saluran astro mahupun rtm, dimana sama seperti pusingan suku akhir.

Akan tetapi, peminat-peminat sukan futsal, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming yang akan ditayangkan secara percuma menerusi laman facebook rasmi Xtion Broadcast dan juga balrz.tv. Jadi anda boleh strim disini.

Jangan lupa saksikan aksi kedua separuh akhir Malaysia Futsal Cup 2023 antara Terengganu vs Pahang Rangers pada 2 September ini, bersamaan pada hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

2 September 2023 (Sabtu)

FT : Terengganu (3) - (7) Pahang Rangers (Agg: 3-14)

  • Ridzwan Bakri 5', 6', 14'
  • Hafizi Ismail 8'
  • Khaiyum Khaimi 9'
  • Akmarulnizam Idris 13'
  • Alif Izzat Rosdi 22'
  • Fitrah Mohamad 27'
  • Hamdin Zarif Mahmun 38'
  • Mahadir Harahap Khairuddin 39'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Pahang Rangers berjaya mara ke final Malaysia Futsal Cup 2023 bertemu JDT

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Futsal Terengganu vs Pahang Rangers Separuh Akhir Malaysia Futsal Cup 2023"