Koleksi Senarai Ucapan Salam Maulidur Rasul Tahun 2023 Yang Menarik

Koleksi Senarai Ucapan Maulidur Rasul Tahun 2023

Bulan Islam iaitu Rabiuawal antara tarikh terpenting untuk umat Islam terutamanya di Malaysia dimana dalam bulan ini terdapat satu tarikh kelahiran nabi Muhammad SAW atau juga digelar sebagai Maulidur Rasul.

Meskipun tiada amalan khusus atau perayaan yang digalakkan disambut pada tarikh ini, tetapi ianya tetap penting untuk kita berikan keutamaan kepada nabi junjungan kita, Muhammad SAW yang menjadi utusan terakhir daripada Allah.

Jadi dalam tempoh ini, di Malaysia kebiasaanya akan berlangsung pelbagai program keagamanaan dan bermanfaat untuk umat Islam seperti majlis ilmu, forum perdana dan pelbagai lagi. Ada juga yang mengadakan perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat.

Selain itu, dalam tempoh ini juga kita boleh sebarkan perkara-perkaran baik kepada yang lain dengan ucapan-ucapan sempena Maulidur Rasul bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan sunnah yang dibawa oleh nabi kita.

Hari Maulidur Rasul 1445H/2023

Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW atau di panggil Maulidur Rasul adalah pada 12 Rabiuawal dan ketika ini setiap tahun di Malaysia khususnya pelbagai aktiviti bermanfaat yang dibawakan demi memperingati nabi kita.

Jadi untuk tahun 2023, Maulidur Rasul adalah jatuh pada 12 Rabiuawal 1445H atau bersamaan dengan 28 September 2023 iaitu pada hari Khamis. Dengan itu juga, sekali gus menjadi cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Tahun ini juga kerajaan telah menetapkan tema Maulidur Rasul 1445H/2023 adalah Perpaduan Teras Malaysia Madani.

Senarai Ucapan Maulidur Rasul 2023 Bersamaan 1445H

Disini disediakan pelbagai jenis ucapan Maulidur Rasul yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk ucapan selamat dan juga dalam bentuk pantun. Anda boleh dan bebas menggunakannya.

Tapi ingat, tiada ucapan yang lebih bermakna selain daripada berselawat ke atas Nabi SAW.

Ucapan Maulidur Rasul 1

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023

'Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat' (Hadis Riwayat Muslim)

Ucapan Maulidur Rasul 2

Saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1445H/2023M kepada seluruh umat Islam.

'Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda'

Ucapan Maulidur Rasul 3

'Bukan hanya ucapan 'Salam Maulidur Rasul' yang dibibirkan, tetapi akhlaknya juga dibadangkan dan imanya juga dihatikan'

Ucapan Maulidur Rasul 4

Mari melangkah dan bersama mengingat perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat keatasnya.

Salam Maulidur Rasul 2023 untuk semua umat Islam

Ucapan Maulidur Rasul 5

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat islam sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Ucapan Maulidur Rasul 6

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 diucapkan buat semua umat Islam.

Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak.

Ucapan Maulidur Rasul 7

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1445H

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Ucapan Maulidur Rasul 8

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023

Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW

"Perpaduan Teras Malaysia Madani"

Ucapan Maulidur Rasul 9

Salam Maulidur Rasul 1445H/2023 diucapan buat semua umat Islam.

Teruskan untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhir kelak.

Ucapan Maulidur Rasul 10

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Salallahualaihi Wassalm. Pengorbanan dan kasihnya pada kita tidak akan lekang sepanjang zaman.

Ucapan Maulidur Rasul 11

Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga dengan suri teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah

Ucapan Maulidur Rasul 12

Salam Maulidur Rasul. Junjungan kasih kita Rasullah. Moga ia tidak terhad kepada ucapan semata tetapi kita mencontohi perilaku Baginda SAW yang mencintai kedamaian, keadilan dan perkara baik buat semua.

Ucapan Maulidur Rasul 13

Wishing all muslims a blessed Maulidur Rasul. May peace be upon our beloved Prophet Muhammad S.A.W and may his blessing be with us always.

Ucapan Maulidur Rasul 14

May the teachings of Prophet guide you at each and every moment of your life and show you the right path to follow... Wishing you a very blessed Mawlid al-Nabi.

Ucapan Pantun Maulidur Rasul 2023

Pantun Maulidur Rasul 1

Rabiu Awal menjelma lagi,
Bulan kelahiran nabi kita,
Banyakkan selawat ke atas nabi,
Tanda bukti sayang dan cinta.

Pantun Maulidur Rasul 2

Satu dua tiga empat,
Kedengar suara dari Pasti,
Berselawatlah dimana-mana tempat,
Perjuangan nabi tetap dihayati.

Pantun Maulidur Rasul 3

Dari Kemasul pergi ke Pekan,
Singgah berhenti beli kelubi,
Maulidur Rasul kita raikan,
Sempena mengingat kelahiran Nabi.

Pantun Maulidur Rasul 4

Nabi memimpin umat menyusul.
Sejarah tercatit menggunakan dakwat,
Selamat menyambut Maulidur Rasul,
Bersama kita perbanyakkan selawat.

Pantun Maulidur Rasul 5

Ikan bawal masak kari,
Makan malam bersama keluarga,
Berselawat kita setiap hari,
Dapat syafaat mudahlah ke syurga.

Pantun Maulidur Rasul 6

Nabi Muhammad junjungan ummat,
Membawa rahmat membawa berkat,
Marilah kita banyakkan selawat,
Untuk syafaat di hari akhirat.

Pantun Maulidur Rasul 7

Warna-warni bunga desa,
Bunga kertas buat jambangan,
Segala puji Allah yang Esa,
Selawat keatas Rasul junjungan.

Pantun Maulidur Rasul 8

Halus berduri pokok semalu,
Hijauan daunan disentuh kucup,
Pesan Nabi ingat selalu,
Buat amalan damailah hidup.

Pantun Maulidur Rasul 9

Ikan belut dari sawah,
Digulai bersama ikan nila,
Jika hidup ingin mulia,
Ikuti sunnahnya Rasulullah

SALAM MAULIDUR RASUL 1445H/2023 diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Senarai Ucapan Salam Maulidur Rasul Tahun 2023 Yang Menarik"