Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Bali United 13.12.2023 AFC Cup

Bali United vs Terengganu AFC Cup 2023

Aksi peringkat Asia diteruskan lagi daripada wakil-wakil Malaysia dan kali ini menerusi kejohanan tahap kedua iaitu AFC Cup yang mana mempertemukan Terengganu vs Bali United

Skuad Penyu akan bertandang ke tempat lawan bagi mengharungi perlawanan kedua dalam kumpulan G pada 4 Oktober 2023, hari Rabu diman Stadium Captain 1 Wayan Dipta, Bali Indonesia.

Ini juga merupakan pertemuan bagi dua pasukan yang mendahului carta dalam kumpulan ini dimana masing-masing sebelum ini telah menang bertemua pasukan lawan masing-masing.

Untuk Bali United, meskipun bermain di Filipina menentang Stallion Laguna, sepertinya mereka tidak berhadapan dengan masalah apabila menang selesa dengan jaringan 5-2.

Manakala Terengganu telah melayan kunjungan lawan yang datang jauh dari Australia iaitu Central Coast Mariners dan mempergunakan kelebihan bermain di tempat sendiri juga menang dengan hanya 1-0 sahaja.

Dengan keputusan ini, kedua-dua pasukan ini berada di tempat pertama dan kedua yang hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja. Lepas satu perlawanan, Bali United berada di atas diikuti Terengganu.

Jadi pertamuan ini mungkin menjadi antara perlawanan yang menarik untuk disaksikan dalam kumpulan ini. Pasukan manakah yang lebih hebat.

Bali United sebelum ini telah bermain dalam pusingan kelayakan AFC Champions League tetapi dikecewakan oleh kelab Hong Kong iaitu Lee Man dan terpaksa bermain di AFC Cup.

Manakala Terengganu mendapat slot ke kejohanan ini apabila muncul sebagai naib juara Liga Super untuk musim 2022.

Ini merupakan pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pasukan ini. Tetapi Bali United pada musim lalu pernah diundi bersama sebuah pasukan Malaysia iaitu Kedah dalam saingan AFC Cup.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah terpaksa akur dengan kehebatan bekas juara Liga Indonesia tersebut dengan jaringan 2-0.

Prestasi Semasa Terengganu vs Bali United

Dalam perlawanan kali ini yang juga pertemuan kali pertama untuk kedua-dua pasukan ini, manakah yang akan berjaya bawa pulang 3 mata agaknya?

Jika dilihat daripada segi pretasi semasa dalam saingan tempatan, Bali United hanya menang dua kali sekali sahaja dalam tempoh 5 perlawanan liga berbanding Terengganu menang empat daripadanya.

Mungkin perlawanan ini akan memihak kepada wakil Malaysia? Tetapi Bali United juga mempunyai kelebihan kerana mereka bermain di tempat sendiri.

Tapi akan adakah penyokong Terengganu yang akan terbang ke Bali untuk berikan sokongan kepada pasukan pada hari perlawanan nanti?

Jika ada jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang telah mula dijual secara online iaitu menerusi laman web rasmi Bali United di www.baliutd.com.

Siaran Langsung Terengganu vs Bali United AFC Cup 2023

Selain di stadium, penonton di rumah juga boleh saksikan perlawanan yang akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Sebagai alternatif selain Astro, anda juga boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming dengan menggunakan platfom web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan sahaja.

Kali ini kita juga boleh tengok pasukan daripada liga manakah yang lebih hebat. Wakil Liga 1 Indonesia atau wakil Liga Super Malaysia.

Persoalan ini akan terjawab pada pertemuan Terengganu vs Bali United pada 13 Disember ini, hari Rabu jam 8.00 malam dengan perlawanan di adakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Bali United 13.12.2023 AFC Cup"