Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United 12.12.2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum 12.12.2023

Mencari kemenangan pertama dan itulah yang akan dilakukan oleh kedua-dua wakil daripada Thailand dan Malaysia ini dalam perlawanan kedua untuk aksi AFC Champions League (ACL) 2023.

Kali ini akan mempertemukan Johor Darul Ta'zim (JDT) vs BG Pathum United dimana akan berlangsung pada 12 Disember 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Ini berlaku apabila kedua-dua pasukan ini telah pun menerima kekalahan pertama dalam perlawanan pembukaan ACL 2023 pada 19 September yang lalu dengan lawan masing-masing.

Untuk BG Pathum United mereka tewas 3-1 kepada wakil Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai dimana ketika itu bermain di Stadium Ulsan Munsu.

Manakala JDT yang juga menerima nasib yang sama telah tewas kepada wakil Jepun iaitu Kawasaki Frontale dengan jaringan tipis 1-0 meskipun bermain di SSI ketika itu.

Jadi kini, JDT berada di kedudukan ketiga dalam Kumpulan I diikuti dengan BG Pathum United ditempat keempat yang hanya memisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja.

Ini merupakan kejohanan terakhir sebelum kesemuanya akan berhenti seketika bagi memberi ruang kepada kalendar FIFA untuk perlawanan persahabatan antarabangsa.

BG Pathum United Pernah Menumpaskan JDT

Jika dilihat sejarah pertemuan untuk kedua-dua pasukan ini, sebenarnya mereka pernah bertemu sekali sebelum ini iaitu pada tahun 2015.

Ketika itu merupakan perlawanan play-off peringkat kedua bagi kelayakan ke ACL 2015-2016. Ketika itu juga, BGPU menjadi tuan rumah sekali gus memberikan kelebihan apabila menang 3-0.

Jadi pertemuan tersebut telah berlangsung pada 8 tahun lalu. Kini JDT pastinya lebih kuat berbanding sebelumnya. Pertemuan kali kedua ini, JDT pasti mampu untuk membalas kembali apa yang terjadi pada tahun 2015 yang lalu.

Jika melihat dari segi prestasi semasa, JDT nampaknya lebih berkelebihan. Dalam saingan liga tempatan, JDT masih belum tewas, manakala BG Pathum United telah tewas sekali.

BG Pathum United vs JDT pastinya perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua penyokong pasukan ini. Ingin melihat pasukan manakah yang lebih baik jika dibandingkan dalam rantau Asia Tenggara.

Siaran Langsung BG Pathum United vs JDT AFC Champions League 2023

Dikhabarkan tiket masuk untuk penyokong pelawat di Stadium Pathum Thani hanya berharga 350 Baht sahaja atau sekitar RM45. Pasti BOS ada penuhi ruang tersebut nanti.

Tapi untuk anda yang tidak berkesempatan untuk terbang ke Thailand, anda masih boleh saksikan perlawanan ini di tv secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) dan secara online di Astro Go.

Selain itu, perlawanan ini juga anda boleh tonton secara live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan yang disediakan pada hari perlawanan.

Jadi pelbagai pilihan yang disediakan untuk anda menonton aksi BG Pathum United vs JDT pada malam ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton aksi sebenarn bola sepak.

Jadual Dan Keputusan BG Pathum United vs JDT ACL 2023

Seperti yang dijadualkan, perlawanan BG Pathum United vs JDT bagi aksi AFC Champions League 2023 akan berlangsung pada 3 Oktober 2023, hari Selasa pada jam 8.00 malam

Manakala keputusan perlawanan ini pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut dengan memaparkan score atau jaringan gol.

12 Disember 2023 (Selasa)

JDT vs BG Pathum United

Masa : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming (akan dikemaskini) : Live 1 | Live 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United 12.12.2023"