Badminton Hylo Open 2023 : Info Jadual Dan Keputusan Perlawanan [LIVE]

Badminton Hylo Open 2023 : Info Dan Jadual Perlawanan [LIVE]

Ini merupakan kejohanan keempat untuk bulan Oktober ini sahaja dan kali ini pemain-pemain badminton dunia akan bergerak ke Jerman pula untuk menghadapi kejohanan BWF Hylo Open 2023.

Hylo Open 2023 merupakan sebuah kejohanan badminton dimana akan berlangsung di Saarlandhalle di Saarbrucken, Germany dari 31 Oktober hingga 5 November 2023.

Ini merupakan kejohanan ke-29 dalam kalendar BWF World Tour 2023 dimana menawarkan mata rangking beserta hadiah wang tunai berjumlah USD 210,000 atau sekitar RM1 juta secara keseluruhan.

💡Table Of Contents

  1. Hylo Open 2023
  2. Senarai Pemain Malaysia Dalam Hylo Open 2023
  3. Siaran Langsung [LIVE] Perlawanan Badminton BWF Hylo Open 2023
  4. Jadual Dan Keputusan Hylo Open 2023

Hylo Open 2023

Kejohanan : Hylo Open 2023
Status : Super 300
Tarikh : 31 Oktober - 5 November 2023
Venue : Saarlandhalle di Saarbrucken, Germany
Hadiah : USD 210,000 (~RM1 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Hylo Open 2023

Kejohanan ini bukanlah dalam tahap tertinggi berbanding sebelum-sebelum ini kerana hanya Super 300. Jadi kemungkinan ramai pemain badminton dunia top rank tidak akan menyertainya.

Tetapi Malaysia tetap membariskan barisan pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan ini berdasarkan kelayakan rangking sama ada pemain dibawah naungan BAM atau pemain profesional negara.

[Perseorangan Lelaki] - Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita] - Kisona Selvaduray

[Beregu Lelaki] - Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi

[Beregu Wanita] - Tiada wakil

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing

Siaran Langsung [LIVE] Perlawanan Badminton BWF Hylo Open 2023

Super 300 masih ditayangkan lagi di kaca tv secara langsung, tetapi bukanlah pada hari awal perlawanan. Ini kerana ianya akan bermula bersiaran pada pusingan separuh akhir.

Jadi untuk anda yang ingin menyaksikannya secara langsung, boleh pergi ke saluran Astro Supersports (saluran 814) dan secara online di Astro Go. Tayangan hanya bermula pada hari Sabtu bersamaan 4 Oktober 2023.

Tapi bagi yang ingin menonton setiap pusingan, anda boleh tonton secara live streaming yang dibawakan menerusi saluran youtube rasmi BWF di @bwftv. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Hylo Open 2023

Kejohanan BWF Hylo Open 2023 akan bermula daripada pusingan kelayakan pada hari pertama dan diikuti dengan peringkat awal di pusingan 32 sehingga ke final dimana akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 5 November ini.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja. Keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

31 Oktober 2023 (Selasa) - Peringkat Kelayakan, Q & Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 2.30 petang waktu Malaysia

[WS] Yvonne Li [7] (GER) vs (MAS) Kisona Selvaduray - 12.40 am - [13-21, 21-11, 21-8]

-----------------------------------------------

1 November 2023 (Rabu) - Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 3.00 petang waktu Malaysia

[MS] Max Weisskirchen (GER) vs (MAS) Ng Tze Yong [4] - [8-21, 13-21]

[XD] Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (NED) Dyon Van Wijlick/Kirsten De Wit - [21-12, 21-10]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (GER) Malik Bourakkadi/Leona Michalski - [21-3, 21-16]

-----------------------------------------------

2 November 2023 (Khamis) - Pusingan 16

~ Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia

[XD] Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (HKG) Tang Chun Man/Tse Ying Suet - [13-21, 14-21]

[MS] Jan Louda (CZE) vs (MAS) Ng Tze Yong [4] - [21-10, 21-7]

[MD] Chen Bo Yang/Liu Yi (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi - [21-12, 21-19]

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (NED) Robin Tabeling [5]/Selena Piek - [16-21, 21-19, 16-21]

-----------------------------------------------

3 November 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

*Tiada lagi wakil Malaysia dalam pusingan seterusnya. Tiada lagi kemaskini

-----------------------------------------------

4 November 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

5 November 2023 (Ahad) - Final

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di kejohanan Denmark 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Badminton Hylo Open 2023 : Info Jadual Dan Keputusan Perlawanan [LIVE]"