Siri Aksi Super Wira - Sinopsis Dan Tayangan Astro Ceria

Siri Aksi Super Wira Astro Ceria Astro Ria

Saksikan drama siri adiwira terbaru bertajuk Super Wira yang akan mula menemui penonton pada 23 Oktober 2023, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi Astro Ceria (saluran 611) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Juga tersedia di Astro Ria.

Ini merupakan siri live-action pertama keluaran Astro Ceria dimana mengetengahkan unsur tradisional seperti silat yang digunakan dalam pertarungan serta penggunaan cerita rakyat Naga Tasik Chini.

Drama siri 7 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi The Media Hustler Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dengan nukilan skrip daripada Qamarul Hassan.

Episod : 7
Bersiaran : Astro Ceria 611
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2023 (Setiap Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Qamarul Hassan
Pengarah : Ghaz Aku Bakar
Produksi : The Media Hustler Sdn. Bhd.

Siri Aksi Super Wira Astro Ceria Astro Ria

Pelakon & Watak Lakonan

Super Wira menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti eto Kusyairy, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Zizan Razak, Idan Aedan, Arena Wan, Fadhli Masoot, Ezzaty Abdullah, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Kapten Gemilang/Johan
  • Idan Aedan sebagai Aman
  • Nadhir Nasar sebagai Roy
  • Mira Filzah sebagai Seri Gumum
  • Ezzaty Abdullah sebagai Rose
  • Arena Wan sebagai Irena
  • Fadhli Masoot sebagai Wan
  • Zizan Razak sebagai Awang Bunga

Sinopsis Drama Siri Super Wira

Siri Super Wira mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu Super Wira dengan ketua kumpulan mereka iaitu Kapten Gemilang atau Johan.

Setiap daripada mereka mempunyai kuasa masing-masing kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang mengetuai Super Wira.

Dalam mencari potensi diri dan membuka kunci kuasanya yang terpendam untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penjahat bernama Roy, dia sedar bahawa kekuatan satu kuasa itu berbeza daripada apa yang dijangkakan. 

Siri Aksi Super Wira Astro Ceria Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siri Aksi Super Wira - Sinopsis Dan Tayangan Astro Ceria"