HomeBois Menjuarai MPL MY Musim Ke-12, Membawa Cita-Cita Malaysia Untuk Menjadi Juara Dunia di M5

HomeBois Menjuarai MPL MY Musim Ke-12

HomeBois adalah juara Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim Ke-12!

Mereka memperoleh gelaran MPL MY pertama selepas menewaskan Team SMG 4-3 dalam Grand Final yang sengit pada 8 Oktober, memberi kejutan kepada semua peminat yang hadir di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ia merupakan penampilan pertama HomeBois dalam Grand Final MPL MY dan kemenangan pertama mereka ke atas Team SMG.

Sebagai juara MPL MY Musim 12, HomeBois memperoleh bahagian terbesar daripada hadiah terkumpul AS$100,000.

Selain itu, mereka juga mempunyai hak untuk melaksanakan MI5I Malaysia - dan membawa semangat #pantangmengalah ke arena global - dengan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M5 2023.

Kejohanan Dunia M5 akan berlangsung dari 2 hingga 17 Disember 2023 di Filipina. Team SMG pula akan mengambil laluan yang lebih panjang di Kejohanan Dunia M5 selepas mara ke M5 Wild Card dari 23 hingga 26 November - bakal diadakan di Malaysia buat kali pertama - di mana mereka akan bertarung untuk merebut dua tempat di Kejohanan Dunia M5.

Takhta MPL MY Musim Ke-12 mencerminkan perkembangan luar biasa HomeBois sejak penampilan sulung mereka pada Musim Ke-7, di mana mereka menduduki tempat ke-7/8.

Terkenal dengan mempunyai jumlah peminat yang besar, HomeBois memperkuat pasukan mereka musim ini dengan penambahan Roamer Mohamad "Xorn" Zul Hisham Bin Mohd Noor, Gold Laner Wahyu "RaizeL" Saputra, dan jurulatih Khairul "PABZ" Azman Bin Mohd Sharif. Xorn khususnya, memainkan peranan penting dalam perlawanan akhir, dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Playoff.

Perjalanan HomeBois sebelum memegang gelaran juara di Musim Ke-12 bermula dengan menamatkan Regular Season di tempat ke-3, di mana mereka hanya tewas kepada RSG Malaysia (Regular Season Tempat Pertama) dan Team SMG (Regular Season Tempat Ke-2)

 Dalam pusingan Playoff, mereka menewaskan juara Musim 10, Team HAQ, 2-0 dalam Suku Akhir Upper Bracket, sebelum mengatasi pasukan yang menduduki tempat teratas di Regular Season, RSG Malaysia, 2-1 dalam Separuh Akhir Upper Bracket.

Mereka menyusuli dengan kemenangan menyeluruh 3-0 ke atas Selangor Red Giants dalam Pusingan Akhir Upper Bracket untuk menetapkan teampat di Grand Final menentang Pasukan SMG.

Musim Ke-12 Memecahkan Semua Rekod Tontonan, Menjadi MPL MY Yang Paling Banyak Ditonton Sepanjang Zaman.

Mengikut setiap metrik utama pengiraan penonton, Playoff Musim Ke-12 memecahkan semua rekod tontonan MPL MY, menjadi MPL MY yang paling banyak ditonton sepanjang zaman.

Grand Final mempunyai 537,276 Peak Concurrent Viewers (PCV), yang tertinggi dalam sejarah MPL MY. Menurut Esports Charts, ini adalah 85% lebih tinggi daripada Musim Ke-11, iaitu 288,896 PCV.

Selain itu, Average Concurrent Views (ACV) dan Hours Watch (HW) kedua-duanya adalah yang tertinggi dalam sejarah MPL MY iaitu 56,627 ACV dan 9,126,280 HW.

Ini adalah 33% lebih tinggi daripada rekod sebelumnya yang ditetapkan dalam Musim 11 - 42,620 ACV.

Musim 12 juga menyaksikan paras tertinggi baharu sepanjang masa untuk Hours Watched (HW). Sebanyak 43% lebih tinggi daripada rekod sebelumnya yang ditetapkan dalam Musim 11 - 6,360,963 HW.

Aktiviti Sepanjang Grand Finals

Peminat disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik di Grand Final. Ini termasuk persembahan live daripada penyanyi rap terkenal, Saixse dan Kidd Santhe semasa majlis perasmian.

Legenda Bola Sepak Malaysia, Safee Sali dan Lego Sam atlet sukan break-dancing yang terkenal, memukau peminat dengan penampilan istimewa mereka di pentas MPL MY dan sedikit sebanyak memberi pengiktirafan terhadap industri e-Sukan tanah air.

Legenda Bola Sepak Malaysia, Safee Sali

Ikuti perkembangan terkini MPL MY dan aksi e-Sukan dengan Hotlink Prabayar serba baharu dengan Internet 5G serta ganjaran Mobile Legends: Bang Bang!

Musim ini disokong oleh pelbagai rakan kongsi strategik, seperti ROG Phone 7, Garnier Men, Nescafe, Mister Potato, Head & Shoulders, Osim, Super Sunday, Astro Arena, Esports Integrated dan TikTok. 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "HomeBois Menjuarai MPL MY Musim Ke-12, Membawa Cita-Cita Malaysia Untuk Menjadi Juara Dunia di M5"