BG Pathum United vs JDT, Jadual Siaran Langsung Dan Perlawanan ACL 2023

BG Pathum United vs JDT ACL 2023

Kini tiba perlawanan kedua bagi aksi wakil negara iaitu pasukan Johor Darul Ta'zim dalam kejohanan AFC Champions League (ACL) untuk musim 2023-2024.

Perlawanan kali ini akan bertemu wakil Thailand dimana BG Pathum United vs JDT ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak dalam negara.

Ianya akan berlangsung pada 3 Oktober 2023 iaitu pada hari Selasa ini jam 8.00 malam waktu Malaysia dimana akan diadakan di Stadium Pathum Thani, Thailand.

Kedua-dua pasukan ini telah diundi dalam kumpulan I bersama-sama wakil Korea Selatan iaitu Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale iaitu kelab daripada Jepun.

Aksi Pertama Dalam Siangan ACL 2023

Jika dilihat sebelum ini, BG Pathum United melangsunkan perlawanan terlebih dahulu pada belah petang iaitu bertemu Ulstan Hyundai dan ketika itu bermain di Korea.

Sepertinya wakil Thailand itu tidak berjaya mengekang asakan daripada Ulsan Hyundai dalam 90 minit perlawanan apabila mereka tewas 3-1.

Nasib ini juga sama menimpa kepada wakil Malaysia iaitu JDT. Meskipun bermain di tempat sendiri, mereka tidak berjaya menggunakan peluang tersebut.

Meskipun JDT juga memberikan saingan dan serangan yang baik, tapi nasib tidak menyebelahi mereka ketika berlangsungnya perlawanan pada belah malam tersebut.

Dalam 90 minit, JDT cuba sehabisnya untuk mencari gol penyamaan dan juga kemenangan. Akhirnya mereka terpaksa akur apabila tewas kepada Kawasaki Frontale dengan jaringan tipis 1-0 sahaja.

Jadi kedua-dua pasukan ini, JDT dan PGBU masih belum merakamkan sebarang kemenangan. Perlawanan kedua ini peluang masih ada untuk kedua-dua pasukan.

Sejarah Pertemuan BG Pathum United Dan JDT

Jika dilihat daripada segi sejarah pertemuan untuk kedua-dua pasukan ini. Mereka sebenarnya pernah bertemu sekali pada tahun 2015.

Ketika pertemuan tersebut berlangsung di Thailand, ianya merupakan perlawanan kelayakan untuk AFC Champions League 2015-2016.

8 tahun yang lalu, mereka bertemu dalam pusingan kedua play-off. Berkelebihan bermain di tempat sendiri, BG Pathum United menang 3-0 ketika itu.

JDT Kini Lebih Mantap

Jika dilihat daripada pertemuan sebelum ini berbanding sekarang, semestinya ada perbezaan yang ketara untuk pasukan JDT.

Kini mereka menjadi satu-satunya pasukan di Malaysia yang memenangi Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut. Dalam masa yang sama pelbagai trofi kejuaraan lain yang dimenangi.

Ketika ini, juga mereka tidak pernah tewas walaupun sekali dalam mana-mana pertandingan baik saingan liga atau perebutan kejuaraan trofi.

Mereka tewas buat kali pertama pada tahun 2023 ini adalah dalam saingan ACL pada perlawanan pertama sebelum ini ketika bertemu Kawasaki Frontale.

Berbanding BG Pathum United yang mana kini merekara berada di tempat ke-6 dalam saingan liga dan telah pun tewas sekali.

Pada musim lalu juga, mereka bukanlah berada dalam prestasi terbaik meskipun menang piala. BGPU menghabiskan cabaran Thail League ditempat ke-9 pada musim lalu.

Adakah JDT Mampu Untuk Menang Kali Ini?

Jika dilihat daripada prestasi dan perkembangan semasa, JDT mungkin mampu untuk mencipta sesuatu ketika bertandang di Pathum Thani pada selasa ini.

Tidak mustahil dalam pertemuan kedua kali ini untuk kedua-dua pasukan, giliran JDT pula untuk peroleh kemenangan sekali gus meraih 3 mata dalam saingan ACL kali ini.

Harga Tiket Murah Untuk Penyokong JDT

Kita biasa lihat bagaimana penyokong setia JDT atau ultras Boys Of Strait (BOS) yang sentiasa berada di belakang pasukan walau dimana mereka bermain.

Kali ini di Thailand, pastinya penyokong-penyokong JDT ini juga akan bersama dengan pasukan kesayangan mereka bagi memberikan sokongan padu kepada semua pemain.

Siapa sangka, tiket masuk untuk pasukan pelawat yang dijual oleh penganjur tuan rumah berharga 350 Baht sahaja atau sekitar ~RM45.

Jadi bagi yang ingin menonton perlawanan ini secara langsung di Thailand, anda boleh beli tiket di www.bgpuonlineshop.com/aclaway dan masukkan nombor passport.

Siaran Langsung BG Pathum United vs JDT Dan Live Streaming

Tapi bagi anda yang tidak berkesempatan untuk pergi ke Thailand menonton secara berhadapan, jangan risau kerana anda boleh saksikannya di kaca tv sahaja.

Ini kerana perlawanan ini turut dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Bagi anda yang tidak mempunyai akses astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pakej sukan yang disediakan.

Selain itu, pasukan BG Pathum United juga ada menyediakan tontonan secara live streaming di youtube milik mereka pada hari perlawanan di @BGCHANNELOFFICIAL.

Saksikan BG Pathum United vs JDT Di AFC Champions League 2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan kedua kumpulan I antara BG Pathum United vs JDT dalam aksi AFC Champions League (ACL) 2023 pada selasa ini, jam 8.00 malam.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "BG Pathum United vs JDT, Jadual Siaran Langsung Dan Perlawanan ACL 2023"