Info Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023, Pasukan, Tiket, Format Dan Tarikh Perlawanan

Info Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023

Setelah sedekad ianya sepi, kini mereka kembali dengan satu nafas baru demi mengangkat martabat bola sepak negara yang suatu masa dulu ditunggu-tunggu oleh pasukan besar bagi menyertai Pestabola Merdeka.

Pestabola Merdeka 2023 kini kembali menemui semua peminat bola sepak tempatan dimana ianya akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2023 dan kali ini akan dimainkan di stadium yang mempunyai padang baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sama seperti pada edisi-edisi sebelum ini dimana terdapat 4 penyertaan daripada pasukan bola sepak termasuk tuan rumah Malaysia. Kali ini kita akan dapat lihat pasukan India, Palestin dan Tajikstan yang mengambil bahagian.

Selain daripada mengejar trofi dan gelaran juara, kejohanan Pestabola Merdeka 2023 ini juga diiktiraf sebagai Perlawanan Persahabatan Tier 1 oleh FIFA. Jadi kemenangan itu penting bagi mendapatkan mata dan sekali gus mampu memperbaiki rangking FIFA.

Sejarah Pestabola Merdeka

Kejohanan Pestabola Merdeka telah diadakan sejak 1957 dan ketika itu ianya berlangsung bertujuan untuk meraihkan ulang tahun kemerdekaan Malaysia dan ianya dimainkan di sebuah stadium bersejarah iaitu Stadium Merdeka.

Sejak daripada itu, setiap tahun tidak terlepas diadakan kejohanan ini sehingga 1988. Kemudian ianya diadakan semula pada tahun 1991 sehingga kali terakhir pada tahun 2013 dan hanya 9 kali sahaja ianya dilangsungkan.

Jadi selepas 10 tahun, Pestabola Merdeka kini diadakan semula untuk edisi 2023. Jika sebelum ini, dimainkan di negeri Pahang, kali ini Kuala Lumpur yang bakal menjadi medan pertempuran antara pasukan yang terlibat.

Pestabola Merdeka pernah digelar sebagai Piala Asia Mini pada sekitar tahun 1960-an. Ini kerana mereka sangat bebesar hati jika mereka dijemput untuk sertai kejohanan ini. Banyak pasukan-pasukan besar yang pernah sertai; Korea, Jepun, Iraq, Argentina, China dan kelab bola sepak terkemuka seperti Sao Paulo juga pernah mengambil bahagian.

Hong Kong merupakan pemenang sulung bagi edisi pertama Pestabola Merdeka. Pasukan Malaysia atau Tanah Melayu sebelum itu pernah memenanginya sebanyak 12 kali dan kali terakhir adalah menerusi Malaysia B-23 pada edisi 2013.

Pasukan Yang Bertandingan

Beberapa pasukan telah dijemput bagi mengharungi kejohanan Pestabola Merdeka 2023 dan dalam masa yang sama menghadapi Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA. Hanya 3 pasukan yang dipilih sekali gus mengambil bahagian.

Malaysia kini menduduki tangga ke-134 menyertai kejohanan ini selaku tuan rumah. India yang berada di rangking 102 turut mengambil bahagian. Dua lagi pasukan iaitu Palestin dan Tajikstan masing-masing berada di kedudukan 97 dan 110 dalam FIFA ranking.

Palestin Menarik Diri

Di saat akhir, Palestin mengumumkan menarik diri dari menyertai Pestabola Merdeka 2023 atau mana-mana acara sukan bola sepak. Keputusan ini dibuat ekoran situasi tegang yang berlaku di negara tersebut ketika ini sehingga tidak membenarkan sebarang penerbangan keluar dari negara Palestin.

Disebabkan keputusan itu dibuat pada saat-saat akhir, tiada penggantian daripada mana-mana pasukan untuk sertai kejohanan ini. Jadi Pestabola Merdeka 2023 hanya melibatkan 3 pasukan sahaja; Malaysia, India dan Tajikstan.

Format Pertandingan Pestabola Merdeka

Format pertandingan masih digunakan pakai dari 1957 hingga sekarang meskipun kini kekurangan satu pasukan dalam kejohanan ini. Jadi format kekal seperti biasa.

Pada awalnya, akan berlangsung dua perlawanan serentak pada hari yang sama iaitu Malaysia vs India dan Tajikstan vs Palestin. Tetapi kini Tajikistan akan mendapat Bye dan terus ke perlawanan terakhir. Manakala Malaysia dan India akan diteruskan seperti biasa.

Disebabkan itu, akan ada antara Malaysia dan India yang hanya mempunyai satu perlawanan sahaja dalam FIFA Day. Ini kerana yang menang akan bertemu Tajikstan di pusingan akhir dan yang tewas tiada perlawanan kedua untuk tempat ketiga dan keempat.

Jadi untuk mengelakkan Malaysia kekurangan perlawanan dalam tempoh ini, tidak boleh tidak, skuad Harimau Malaya mesti menang bertemu India sekali gus mara ke pusingan akhir untuk membuat perhitungan dengan Tajikistan.

Penganjur mestilah kena menang piala. Main di tempat sendiri, di padang baru sendiri, pasti lebih semangat untuk meraih kemengan sekali gus mengecapi trofi Pestabola Merdeka yang penuh bersejarah ini.

Tiket Masuk Stadium

Jika dalam perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Malaya telah bermain di Johor dan Terengganu dan bukannya di home mereka sendiri yang biasa digunakan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini kerana ketika itu sedang dijalankan naik taraf padang kepada kualiti yang lebih baik.

Kini semua kerja yang dibuat hampir setahun itu telah siap dan Pestabola Merdeka menjadi acara sulung merasmikan padang terbaru di Stadiun Nasional Bukit Jali yang menjadi home of Harimau Malaya.

Jadi pastinya ramai yang teruja untuk melihat lebih dekat sebuah padang bola sepak dengan kualiti rumput yang lebih baik dan pastinya juga sudah ramai rindu untuk menonton bola sepak di dalam stadium yang terhebat di Asia Tenggara ini.

Oleh itu, kalau nak masuk stadium kenalah beli tiket. Pembelian tiket boleh dilakukan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan tanda harga yang ditetapkan.

  • Premium : RM80.00
  • Grandstand : RM60.00
  • Terbuka : RM40.00
  • Kanak-Kanak : RM5.00

Harga ini adalah untuk 1 perlawanan. Jadi 2 perlawanan kena beli 2 tiket lah.

Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023

Bagi yang berksempatan untuk datang sama ada lokasi berhampiran iaitu sekitar Lembah Klang atau mereka yang berkelapangan pada hari tersebut, boleh datang dan penuhkan stadium beramai-ramai pada hari perlawanan.

Tetapi bagi yang tidak dapat hadir, jangan risau. Ini kerana kejohanan Pestabola Merdeka 2023 ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) dan pastinya secara online di Astro Go.

Tapi anda boleh tonton secara percuma kerana pihak KBS ada menyediakan skrin gergasi di beberapa lokasi di seluruh negara. Untuk senarai penuh kat mana ada skrin gergasi tersebut, anda boleh tengok sini.

Live Streaming Pestabola Merdeka 2023

Untuk kali ini, tiada tayangan di RTM atau TV9 seperti sebelum-sebelum ini. Jadi selain Astro, anda masih boleh tonton iaitu secara live streaming menerusi platfom web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.

Link live streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Jadual Perlawanan Pestabola Merdeka 2023

Secara amnya, hanya terdapat 2 perlawanan sahaja dengan melibatkan 3 pasukan. Perlawanan pertama iaitu Malaysia vs India pada 13 Oktober 2023, hari jumaat pada pukul 9.00 malam.

Manakala perlawanan kedua akan berlangsung pada 17 Oktober 2023 iaitu hari Selasa juga pada waktu yang sama 9.00 malam dengan melibatkan Tajikistan bertemua antara pemenang Malaysia dan India sebelum itu.

13 Oktober 2023 (Jumaat)
Malaysia (4) - (2) India

17 Oktober 2023 (Selasa)
FT : Tajikstan (2) - (0) Malaysia

Juara : Tajikistan
Naib Juara : Malaysia
Tempat Ketiga : India

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post