Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Arctic Open 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Arctic Open 2023

Sudah lebih dua minggu, tumpuan bagi sukan badminton beralih kepada kawasan Asia sahaja iaitu menerusi Sukan Asia Hangzhou 2022 dan kali ini siri jelajar BWF diteruskan lagi untuk benua Eropah pula bermula dengan kejohanan Arctic Open. 

Clash Of Clans Arctic Open 2023 merupakan kejohanan badminton yang yang bakal berlangsung dari 10 hingga 15 Oktober 2023 bertempat di Energia Areena di Vantaa Finland.

Kejohanan Super 500 yang menawarkan mata ranking dan hadiah wang tunai berjumlah USD 420,000 atau sekitar RM1.9 juta ini merupakan kejohanan kedua puluh empat dalam kalendar BWF World Tour 2023.

Arctic Open 2023

Kejohanan : Clash Of Clans Arctic Open 2023
Status : Super 500
Tarikh : 10 - 15 Oktober 2023
Tempat : Energia Areena, Vantaa Finland
Hadiah : USD 420,000 (~RM1.9 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Arctic Open 2023

Pasti ramai tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kembali pemain-pemain negara beraksi kembali dalam pentas badminton. Pemain yang layak dalam kejohanan terdiri daripada pemain BAM dan pemain profesional negara.

Setiap kategori yang dipertandingkan, akan ada wakil yang akan menggalas cabaran di dunia Finland kali ini. Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia:

[Perseorangan Lelaki] - Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Lee Zii Jia [8], Ng Tze Yong, 

[Perseorangan Wanita] - K letshanaa, Kisona Selvaduray

[Beregu Lelaki] - Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi, Man Wei Chong, Kai Wun Tee, Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita] - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Tan Pearly [3]/Thinaah Muralitharan, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xin

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chen Tang Jie [5]/Toh Ee Wei

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Arctic Open 2023

Sama seperti pada kejohanan-kejohanan sebelumnya, Artic Open 2023 juga akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi Astro Supersport 4 (saluran 814) atau boleh menonton juga secara online di Astro Go dan Sooka.

Tapi kejohanan ini berstatus Super 500, jadi tayangan siaran langsung di kaca tv hanya akan bermula pada pusingan 16 terbaik iaitu pada Khamis (12 Oktober 2023). Tayangan siaran langsung juga hanya pada Court 1 sahaja.

Bagi yang ingin menyaksikan untuk pusingan awal, anda boleh tonton secara live streaming menerusi saluran youtube rasmi BWF di @BWF TV. Tapi mungkin perlu kepada pemasangan VPN untuk tontonan di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Arctic Open 2023

Untuk peminat sukan badminton termasuk Badminton Lovers (BL) jangan lupa saksikan kejohanan BWF Clash Of Clans Arctic Open 2023 bermula 10 hingga 15 Oktober 2023 yang berlangsung di Vantaa Finland.

Perlawanan akan bermula pada peringkat kelayakan dan akan ada beberapa wakil negara dalam saingan ini. Jika berjaya, barulah mereka akan bermain di peringkat awal dengan bermula daripada pusingan 32 hingga final.

Berikut merupakan jadual dan keputusan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja untuk semua kategori sepanjang kejohanan.

10 Oktober 2023 (Selasa) - Pusingan Kelayakan, Q & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 2.00 petang waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

~Pusingan Kelayakan, Q~

[WS] Jenjira Stadelmann (HKG) vs (MAS) K Letshanaa - [13-21, 11-21]

[WS] P Chaiwan (THA) vs (MAS) K Letshanaa - [21-18, 19-21, 21-17]

~Pusingan 32~

[XD] Marcus Ellis/Lauren Smith (ENG) vs (MAS) Chen Tang Jie [5]/Toh Ee Wei - [14-21, 17-21]

[XD] Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (HKG) Lee C H Reginald/Ng Tsz Yau - [8-21, 19-21]

[XD] Gregory Mairs/Jenny Mairs (ENG) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [9-21, 17-21]

---------------------------------------------

11 Oktober 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 2.00 petang waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (FRA) Lucas Corvee/Ronan Labar - [21-18, 21-8]

[MS] Lee Zii Jia [8] (MAS) vs (DEN) Mads Christophersen - [21-15, 21-16]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (THA) K Wangcharoen - [21-15, 21-16]

[MD] C Grimley/M Grimley (SCO) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teoh Ee Yi - [11-21, 16-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (TPE) Sung Shuo Yun/Yu Chien Hui - [17-21, 23-21, 19-21]

[WD] A Ackerman/D Laurens (RSA) vs (MAS) Anna Cheong/Teoh Mei Xing - [11-21, 10-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (FIN) Joakim Oldorff - [21-17, 22-20]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [21-11, 21-18]

---------------------------------------------

12 Oktober 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

[WD] Lee Chia Hsin/Teng Chun Hsun (TPE) vs (MAS) Pearly Tan [3]/Thinaah M - [WO]

[XD] Tang Chun Man/Tse Ying Suet (HKG) vs (MAS) Chen Tang Jie [5]/Toh Ee Wei - [11-21, 10-21]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (TPE) Chou Tien Chen [5] - [21-15, 21-16]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (FRA) Arnaud Merkle - [15-21, 21-17, 21-19]

[MD] Kim Astrup [4]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [21-15, 21-19]

[MS] Lee Zii Jia [8] (MAS) vs (INA) Chico Dwi Wardoyo - [21-17, 18-21, 21-11]

[XD] Lee Chun Reginald/Ng Tsz Yau (HKG) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-10, 21-17]

[MD] A Dunn/Adam Hall (SCO) vs (MAS) Ong Yew Sin [3]/Teo Ee Yi - [17-21, 14-21]

[WD] Anna Cheong/Teoh Mei Xin (MAS) vs (THA) J Kitithrakul [2]/R Prajongjai - [13-21, 13-21]

[MD] Keiichiro Matsui/Y Takeuchi (JPN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [20-22, 22-20, 19-21]

---------------------------------------------

13 Oktober 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 7.00 malam waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

[XD] Chen Tang Jie [5]/Toh Ee Wei (MAS) vs (THA) Puavaranukroh [2]/Taerattanachai - [21-14, 21-17]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (CHN) Lu Guang Zu [4] - [21-11, 21-18]

[MD] Kusumawardana/Rambitan (INA) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [20-22, 18-21]

[MD] Rasmus Kjaer/Frederik Sogaard (DEN) vs (MAS) Ong Yes Sin [3]/Teo Ee Yi - [16-21, 21-19, 21-14]

[MS] Leong Jun Hao (MAS)* vs (MAS) Lee Zii Jia [8] - [16-21, 21-19, 7-11] *RET

---------------------------------------------

14 Oktober 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

[XD] Jiang Zhen Bang [4]/Wei Ya Xin (CHN) vs (MAS) Chen Tang Jie [5]/Toh Ee Wei - [17-21, 21-13, 21-14]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Kanta Tsuneyama [7] - [21-12, 21-16]

[MS] Lee Zii Jia [8] (MAS) vs (DEN) Anders Antonsen [3]* - [21-17, 13-8] *RET

[MD] Rasmus Kjae/Frederik Sogaard (DEN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-19, 19-21, 19-21]

---------------------------------------------

15 Oktober 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.00 petang waktu Malaysia. Senarai live streaming : Link 1 | Link 2

[XD] Feng Yan Zhe [1]/Huang Dong Ping (CHN) vs (CHN) Jiang Zhen Bang [4]/Wei Ya Xin - [21-14, 21-15]

[WS] Han Yue [3] (CHN) vs (CHN) Wang Zhi Yi [5] - [16-21, 22-20, 21-12]

[MS] Lee Zii Jia [8] (MAS) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-14, 21-15]

[WD] Liu Sheng Shu [7]/Tan Ning (CHN) vs (THA) J Kitiharakul/R Prajonjai - [21-13, 24-22]

[MD] Kim Astrup [4]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Man Wei Ching/Kai Wun Tee - [21-18, 21-17]

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di kejohanan Arctic Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Arctic Open 2023"