Jadual Dan Keputusan Malaysia Kelayakan Futsal Piala Asia (Futsal AFC Asian Cup) 2023-2024

Jadual Dan Keputusan Malaysia Kelayakan Futsal Piala Asia (Futsal AFC Asian Cup) 2023-2024

Pusingan Kelayakan Futsal Piala Asia atau Qualifier Futsal AFC Asian Cup 2024 akan bermula seperti yang dijadualkan iaitu dari 7 hingga 11 Oktober 2023 yang mana masing-masing merebut slot ke Futsal Piala Asia pada tahun hadapan.

Tahun 2024 merupakan edisi ke-17 bagi Futsal AFC Asian Cup yang telah diadakan setiap dua tahun. Thailand telah dipilih menjadi tuan rumah untuk edisi seterusnya dan pastinya secara automatik menjadi pasukan terawal layak ke kejohanan tersebut.

Untuk rekod, Malaysia pernah melayakkan diri ke Futsal Piala Asia sebanyak 12 kali sejak pertama kali layak pada tahun 1999. Kali terakhir Malaysia bermain dalam kejohanan ini adalah pada tahun 2018 dan selepas itu, tidak berjaya layak.

Edisi kali ini sebanyak 31 pasukan yang mengambil bahagian dalam peringkat kelayakan untuk merebut 16 slot lagi ke Futsal Piala Asia pada tahun hadapan. Mereka telah di undi dalam 8 pasukan yang terdiri daripada 3-4 pasukan.

8 pasukan juara kumpulan bersama 7 pasukan tempat kedua terbaik serta tuan rumah iaitu Thailand akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024

Malaysia berada dalam Kumpulan G bersama-sama pemenang tempat ketiga edisi 2022 iaitu Uzbekistan, Iraq dan Kemboja

  • Group A : Thailand (H), Turkmenistan, Hong Kong, China
  • Group B : Indonesia (H), Arab Saudi, Afghanistan, Macau
  • Group C : Iran, Lebanon, Kyrgyzstan (H), Maldives
  • Group D : Vietam, Korea Selatan, Nepal, Mongolia (H)
  • Group E : Tajikistan (H), Myanmar, Palestine, India
  • Group F : Kuwait, Bahrain (H), Timor-Leste, Brunei
  • Group G : Uzbekistan (H), Iraq, Malaysia, Kemboja
  • Group H : Jepun, Chinese Taipei (H), Australia

Untuk peringkat kelayakan, mereka akan bermain secara berpusat. Tanda (H) merupakan negara yang akan menjadi tuan rumah untuk kumpulan tersebut. Malaysia dalam Kumpulan G akan berkampung di Uzbekistan.

Untuk rekod, hanya 2 negara sahaja yang pernah memenangi kejohanan Futsal AFC Asian Cup iaitu Iran sebanyak 12 kali dan Jepun penyandang juara edisi 2022 sudah memenanginya sebanyak 4 kali. Pencapaian terbaik Malaysia adalah pasingan kedua.

Senarai Pemain Futsal Malaysia Dalam Pusingan Kelayakan Futsal AFC Asian Cup 2023

Berikut adalah senarai terakhir 14 pemain futsal Harimau Malaysia yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi membawa cabaran Malaysia kejohanan Futsal Piala Asia 2024

Senarai Pemain Futsal Malaysia Dalam Pusingan Kelayakan Futsal AFC Asian Cup 2023

Siaran Langsung Perlawanan Malaysia Dalam Futsal Piala Asia 2024

Setakat ini tiada pengumuman daripada mana-mana syarikat penyiaran tv yang akan menayangkan siaran langsung bagi aksi kelayakan Futsal Piala Asia ini baik daripada pihak Astro mahupun RTM.

Mungkin akan ada siaran menerusi live streaming yang dibuat dari mana-mana penyedia selepas ini. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika ada.

Jadual Dan Keputusan Kumpulan G Untuk Malaysia Dalam Aksi Kelayakan Futsal Piala Asia 2024

Berikut merupakan jadual dan keputusan perlawanan yang hanya melibatkan pasukan Malaysia dalam aksi Kelayakan Futsal Piala Asia 2024 sepanjang kejohanan

7 Oktober 2023 (Sabtu)
FT : Uzbekistan (6) - (1) Kemboja - 6.00 pm
FT : Iraq (2) - (1) Malaysia - 9.00 pm

9 Oktober 2023 (Isnin)
FT : Kemboja (0) - (7) Iraq - 6.00 pm
FT : Malaysia (3) - (4) Uzbekistan - 9.00 pm

11 Oktober 2023 (Rabu)
FT : Malaysia (5) - (2) Kemboja - 6.00 pm
Uzbekistan vs Iraq - 9.00 pm

*Malaysia tidak berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Futsal 2024 dengan menamatkan saingan di tempat ke-3 dalam kumpulan G

Kedudukan Malaysia Dalam Kumpulan G

Berikut merupakan kedudukan setiap pasukan termasuk Malaysia dalam Kumpulan G untuk saingan Kelayakan Futsal Piala Asia 2024

Kumpulan G P Menang Seri Kalah GD Mata
Iraq 2 2 0 0 8 6
Uzbekistan 2 2 0 0 6 6
Malaysia 3 1 0 1 1 3
Kemboja 3 0 0 3 -15 0

*akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

*juara dan naib juara terbaik layak ke pusingan akhir Futsal AFC Asian Cup 2024

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post