Siaran Langsung Keputusan Pakistan vs Malaysia Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Pakistan vs Malaysia Hoki Sukan Asia 2023 Hangzhou

Sebelum berlangsungnya perlawanan akhir pada belah petang, kita saksikan terlebih dahulu aksi terakhir untuk skuad negara dimana Pakistan vs Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou 2022/23.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 6 Oktober 2023, hari Jumaat, pukul 12.45 tengah hari bertempat di Stadium Gongshu Canal Sports Park.

Ini merupakan perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam dimana sebelum ini Malaysia dan Pakistan masing-masing berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan B dan A.

Dengan kedudukan tersebut, sekali gus meranapkan harapan skuad hoki negara untuk membawa pulang pingat dan semestinya slot automatik ke olimpik jika memenangi emas juga lebur.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Malaysia bermula agak baik ketika bertemu Thailand, Indonesia dan Oman. Masing-masing menang dengan jumlah gol yang besar.

Bermula dengan pertemuan Korea, Malaysia akhir terpaksa akur apabila tunduk 4-3 yang mana gol kemenangan tersebut hadir pada akhir-akhir permainan.

Tidak cukup dengan itu, pada perlawanan terakhir sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan kebangkitan pasukan tuan rumah, China. Sebelum itu, mereka berjaya menumpaskan Korea dengan 3-2.

Nampaknya semangat tersebut dibawa ke perlawanan akhir bertemu Malaysia apabila berjaya mengejutkan lagi pasukan lawan yang lebih tinggi rangkingnya dengan mengikat jaringan 4-4.

Dengan keputusan tersebut, sekali gus menjadikan China juara kumpulan B, manakala Malaysia tidak semena-mena berada di kedudukan ketiga dan tersingkir untuk peringkat seterusnya.

Kini perlawanan terakhir sebelum mereka pulang ke tanah air adalah bertemu Pakistan yang juga pasukan yang rangking dunianya lebih rendah daripada Malaysia.

Malaysia kini berada di kedudukan 10 terbaik dunia, manakala Pakistan ditempat ke-16 dalam ranking hoki dunia.

Jika dilihat daripada perbandingan ini, pastinya Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan lawan, Pakistan.

Tapi harus diingat, China berada di kedudukan ke-22 dunia ketika ini tetapi mereka mampu untuk menumpaskan Korea (tempa ke-12) dan mengikat Malaysia sebelum ini.

Oleh itu, pemain-pemain negara tidak seharusnya leka. Jika tidak mampu untuk pulang dengan pingat, sekurang-kurangnya akhiri pertandingan ini dengan kedudukan yang lebih baik iaitu ditempat kelima.

Siaran Langsung Pakistan vs Malaysia

Jadi jangan lupa untuk penonton di Malaysia untuk saksikan aksi terakhir pasukan hoki negara Malaysia vs Pakistan pada 6 Oktober ini, hari Jumaat secara live di Astro dan RTM.

6 Oktober 2023 (Jumaat)

FT : Pakistan (5) - (2) Malaysia

  • Aminuddin Mohd Zain 5' (PC)
  • Ahmad Arbaz 8' (PC)
  • Abdul Rehman 37' (FG)
  • Abdul Rana 51' (PC)
  • Ammad Muhammad 53' (FG)
  • Razie Abd Rahim 58' (PC)
  • Afraz 59' (FG)

Masa : 12.45 pm
Tayangan : Astro dan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia menamatkan aksi Sukan Asia Hangzhou 2022 di kedudukan keenam

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post