(Review) Menginap Hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2 Korea. 15 Minit Ke Night Market

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Alhamdulillah aku berkesempatan kali kedua untuk jejak kaki ke bumi Korea pada bulan Oktober (23 - 26 Oktober 2023) lalu selepas kali pertama merasainya pada bulan Mac pada tahun yang sama iaitu tahun 2023.

Jika sebelum itu, aku pergi bawa seluruh family sehingga 14 orang kesemuanya, tetapi kali ini juga bersama family iaitu lebih besar dengan Keluarga Shaklee seramai 200 lebih peserta. Tapi aku pergi dengan adik aku je la.

Paling best kalau dapat sponser daripada Shaklee ni adalah penginapan. Sebelum ni aku dah merasai hotel mewah masa join Kembara Istanbul & Umrah, kali ini sekali lagi Shaklee belanja hotel mewah di Seoul Korea.

Selama 4 hari percutian tersebut, kami semua dapat menginap hotel 4 stars Nine Tree Premier Myeongdong 2 dimana terletak 15 minit perjalanan daripada Myeongdong Night Market. Takda masalah nak cari makan.

Lokasi Strategik

Sebenarnya di Seoul banyak hotel mewah 4-5 stars, tetapi trip Shaklee To Korea kebanyakkannya peserta daripada orang Islam termasuk aku, jadi salah satu kawasan strategik yang mampunyai akses makanan halal dan tempat best shopping adalah di Myeongdong.

Kita semua peserta perlu dapatkan hanya makan malam secara sendiri, selain itu disediakan oleh pihak penganjur. Lagi pula, kalau kawasan sekitar hotel tiada apa-apa aktiviti nak dibuat pun, bila malam terpaksa duduk hotel sahaja.

Jadi cari punya cari, hotel mewah yang terbaik sekitar Myeongdong adalah di Nine Tree Premier Myeongdong 2 dimana lokasinya 750 meter sahaja daripada Myeongdong Night Market. Kalau jalan kaki tak sampai 15 minit pun. Lagi pula hotel ni dapat pengiktrifan 4 bintang untuk Toursit Hotel.

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Jadi setiap malam selepas selesai semua aktiviti, aku boleh la luangkan masa di sekitar Myeongdong ni nak shopping, nak makan makanan halal seperti di restoren Kampungku, Busan Jib, Maehwa Yangggochi atau boleh juga try Chicken Skewer halal dalam Myeongdong Night Market tersebut.

Selain itu, terdapat juga kedai serbaneka seperti GS25, CU Mart dan 7-eleven di sekitar hotel. Juga terdapat starbucks betul-betul sebelah hotel. Jadi kalau tengah malam haus ke lapar, boleh la cari makan di kedai-kedai 24hours ini.

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Hotel ini juga sebenarnya tak jauh dengan Namdaemun Market juga tempat shopping barangan Korea. Jarak lebih kurang 1.7 km dan ambil masa jalan kaki dalam 30 minit. Tapi kalau tak larat, boleh je naik teksi.

Namsan Tower pun tak jauh sebab dia berdekat dengan Myeongdong. Kalau jalan kaki ambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak dalam 3.5 km lebih kurang. Pagi-pagi boleh la jogging terus ke puncak Namsan Tower tersebut kalau larat.

Bilik Yang Selesa

Disamping lokasi yang strategik, Shaklee pastinya mengutamakan bilik hotel yang selesa untuk pesertanya. Tapi memang betul, bilik hotel ni selesa sangat lah, sampai nak bangun untuk join trip pun rasa malas. Katil empuk sangat.

Kalau aku tengok dalam Agoda, bilik yang aku dapat adalah jenis Standard Twin Room dimana mempunyai 2 super single beds, 1 sofa, 1 meja kopi beserta bilik air kering dan basah dalam satu bilik yang luas. Sesuai untuk 2 orang.

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Ada aircond, tingkap tetapi berhadapan dengan bangunan sebelah sahaja, wifi laju disediakan dalam bilik, tv dengan siaran Korea berpuluh-puluh dan pelbagai lagi. Tandas ada shower, singki besar, wardrobe dan tandas ada bidet (tapi bukan paip air la). Selesa je, jangan risau

Fasiliti Mencukupi Disediakan

Lokasi dan bilik dah best, now tambah pula dengan fasiliti yang disediakan, maka bertambah lagi best. Aku rasa paling menarik sekali adalah kedai serbaneka yang berada betul-betul dalam hotel ni yang mana dibuka 24 jam. Hari-hari beli air susu kat sini.

Selain itu, walaupun lobby hotel tidaklah terlalu besar, tapi sekadar mencukupi sahaja. Lift ada 4 biji dan ianya tidaklah terlalu laju dan tidak perlahan. Just nice sahaja. Tak perlu pun tunggu lama kalau nak dapat giliran.

Untuk info, hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2 ni tiada kolam renang. Hanya ada open garden di tingkat paling atas bersama cafe beserta fitness center atau gym. Tapi semua ni memang tak sempat la nak guna, baik jogging tengok kawasan Korea daripada jogging atas treadmill kan.

Untuk yang nak air minuman, ada disediakan water dispenser bersama Iron Steam dan Microwave di satu bilik khas setiap tingkat untuk anda gunakan pada bila-bila masa secara percuma. Nak gosok baju, kat sinilah tempatnya.

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Satu lagu yang penting, kat hotel ni ada penimbang berat bagasi tau. Boleh timbang luggage siap-siap sebelum pulang. Takut kalau lebih nanti, kena bayar pula kat airport.

Harga Hotel

Untuk hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2, Seoul Korea ini aku tengok kat Agoda dan website-website lain harga lebih kurang RM500-RM600 sehari. Jadi aku duduk 4 hari 3 malam, Mungkin dekat RM2000 juga la kot setiap bilik termasuk semua sekali.

Kalau anda berminat untuk menginap disini, anda boleh buat tempahan gunakan LINK ini.

Kesimpulan

Kalau penginapan hotel daripada Shaklee, memang terbaik setakat ini yang pernah aku rasa termasuk trip kali ini di Seoul, Korea Selatan.

Hotel ni aku suka sebab ada kedai GS25 dalam hotel, dekat dengan kawasan Myeongdong Night Market dan pastinya tilam yang disediakan sangat selesa. Walaupun makan breakfast disediakan di hotel, tapi biasa je la. Sebab tahu nak sediakan yang halal tu susah sikit. Yang penting kenyang.

Cuma kalau tanya apa yang tak best, aku rasa ada satu sahaja dimana mereka hanya sediakan 1 bantal sahaja bagi setiap katil. Kat Malaysia 1 katil single, atleast dapat 2 bantal. Kalau katil King atau Queen boleh dapat 4 bantal. Tapi kat sini 1 bantal je. Mana cukup.

review menginap di hotel nine tree premier myeongdong 2 seoul korea

Complimentary item dalam hotel semua cukup; kopi, teh, gula, sabun mandi, shampoo, berus dan ubat gigi, tuala dan banyak lagi. Hampir semua disediakan. Tak perlu risau dan tak perlu bawa toiletries pun kalau menginap di Nine Tree Premier Myeongdong 2 Seoul Korea.

Kalau diberi rezeki dan peluang sekali lagi dengan bajet yang besar, memang aku duduk sini je la lepas ni. Senang nak cari makanan halal dan kaki shopping juga tak perlu pergi jauh-jauh naik subway ke, kat Myeongdong semua ada.


Rating Nine Tree Premier Myeongdong 2 - 4.5/5 ⭐

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "(Review) Menginap Hotel Nine Tree Premier Myeongdong 2 Korea. 15 Minit Ke Night Market"