Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Saksikan telefilem Bini Aku Hantu Langsuir yang akan menemui penonton pada 20 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Telefilem seram komedi yang asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Haslizawaty Hassan

Sinopsis Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir menampilkan barisan pelakon seperti Shuib Sepahtu, Tasha Shilla, Hairi Safwan, Nur Risteena, Fendi Seman dan ramai lagi. Juga terdapat penampilan khas daripada Mak Jah.

  • Shuib Sepahtu sebagai Shuib
  • Tasha Shilla sebagai Seri
  • Hairi Safwan sebagai Sarip
  • Nur Risteena sebagai Saleha
  • Fendi Seman sebagai Pak Muo

Ianya bermula dengan kisah Shuib yang menjadi murung dan kecewa apabila kekasih hatinya Saleha berkahwin dengan lelaki lain.

Pada masa Shuib dilanda kesedihan, timbul pula kekecohan tentang hantu langsuir di kampungnya.

Shuib terpedaya dengan kata-kata orang kampung yang mengatakan jika hendak menukar hantu langsuir kepada manusia, perlu memahat paku panjang di tengkuk hantu langsuir itu!

Suatu malam, Shuib tekad mencuba dan berjaya memaku tengkuk hantu itu. Keesokan harinya Shuib didatangi oleh seorang wanita cantik bernama Seri yang mahu meminta pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Tanpa pengetahuan Shuib, Seri yang dikahwininya dan juga pembantu rumahnya adalah hantu langsuir yang telah dipakunya tempoh hari. Tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan mimpi Shuib!

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir Di TV9"