Telefilem Busker Bercinta Di TV2

Telefilem Busker Bercinta Di TV2

TV2 bawakan sekali lagi telefilem Busker Bercinta pada 3 Oktober 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Telefilem ini merupakan penampilan pertama Mat Dan ketika itu pada tahun 2021 dalam dunia lakonan yang mana sebelum ini beliau terkenal dengan hos rancangan tv.

Busker Bercinta merupakan terbitan syarikat produksi Teguh Standing Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh otai masih berbisa AR Badul dengan nukilan skrip daripada Armaya Aman Ramlie

Sinopsis Telefilem Busker Bercinta

Telefilem Busker Bercinta menampilkan barisan pelakon seperti Mat Dan, Annie Ariffin, Amir Raja Lawak, Ali Sobri, Qazim Nor, Munir, Enot, Mak Wan, Wan Gegau dan ramai lagi.

  • Mat Dan sebagai Rejab
  • Annie Ariffin sebagai Teg Norimah
  • Amir Raja Lawak sebagai Odong
  • Kenji Sawahi sebagai DG
  • Qazim Nor sebagai Fendi
  • Enot sebagai Yon
  • Munir sebagai Yem

Ianya mengisahkan tentang Rejab yang baru berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari kehidupan baru yang ditinggalkan di kampung.

Keputusan ini dibuat selepas di tuduh mencuri ayam orang kampung dan membuatkannya Rejab kecewa. Bukan itu sahaja, lebih memalukan dia turut dituduh mengintai anak dara orang kampung.

Malang tidak berbau apabila Rejab disimbah dengan air cili yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan sekali gus merubah kehidupannya.

Semasa di ibu kota, Rejab yang dianggap buta telah menyertai sebuah Kumpulan Buskers. Tanpa diduga juga bakatnya mudah diterima orang yang kemudiannya menjadi pendorong dirinya untuk terus menghiburkan orang ramai.

Walaupun sudah terkenal, Rejab tidak gembira dengan kehidupannya. Ini kerana Rejab merasakan kejayaan yang diterimanya melalui cara yang salah dan dia berniat mahu membetulkan keadaan.

Namun bagaimanakah dia menyelesaikan perkara tersebut? Adakah permohonan maafnya diterima?

Telefilem Busker Bercinta Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Busker Bercinta Di TV2"