Telefilem Deria Ke 7 Di TV2

Telefilem Deria Ke 7 Di TV2

Saksikan telefilem Deria Ke 7 yang akan menemui penonton pada 9 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem dengan genre thriller suspen ini merupakan terbitan syarikat produksi Ori Art Film, diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip daripada Tommy Loh.

Sinopsis Telefilem Deria Ke 7

Telefilem Deria Ke 7 menampilkan barisan pelakon seperti Shiqin Kamal, Ali Reza, Amir Nafis dan Syafnida Shuhaimi, Amie Dean, Monrasli dan ramai lagi.

  • Shiqin Kamal sebagai Kaira
  • Ali Reza sebagai Arman
  • Amir Nafise sebagai Benjamin
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Mira

Ianya mengisahkan tentang Kyra iaitu seorang anak yatim piatu berasal dari keluarga hartawan yang berkahwin dengan Benjamin dan kecapi kebahagian selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Amran.

Tetapi malangnya, Kyra terlibat dengan sebuah kemalangan yang ngeri. Akan tetapi dia terselamat dalam peristiwa tersebut dan sejak itu juga dia merasakan dia sudah memiliki deria ke 6.

Dengan kelebihan tersebut, Kyra memiliki bayangan tentang perkara yang telah dan bakal berlaku tetapi dia rasa tidak pasti sama ada perkara itu adalah sekedar mainan fikiran ataupun realiti.

Dia menyangsi bahawa suami penyayangnya itu telah merancang dengan orang di sekeliling untuk membunuh dan merampas segala kepentingannya. Keadaan ini menyebabkan Kyra sukar mempercayai sesiapa.

Adakah ianya halusinasi atau deria istimewa. Haruskah dia percayakan cinta?

Telefilem Deria Ke 7 Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Deria Ke 7 Di TV2"