Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Saksikan telefilem Gadis Kampung Paling Popular yang akan menemui penonton pada 21 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem romantik komedi yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupaakn terbitan syarikat produksi Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dengan idea asal serta nukilan skrip kedua-duanya daripada Julian Jayaseela.

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan, Aizat Hassan, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Maya/Lady Wawa
  • Azad Jazmin sebagai Azad
  • Vicha Saywho sebagai Safidah
  • Acong Sweetchild sebagai Uncle Syomie
  • Mak Wan sebagai Cik Eton
  • Aizat Hassan sebagai Khir
  • Daaim Jailani sebagai Ray
  • Firdaus Nadxaman sebagai Seman

Ianya mengisahkan tentang Maya iaitu seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak.

Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa.

Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3"